Wednesday, November 27, 2013

Nurul Qaireen Amani : Selamat Ulangtahun Pertama - 364 Hari.

 
 Alhamdulillah, Allah izinkan Zah punya anak bernama Nurul Qaireen Amani.
dari sehari ke sehari bonda menghitung hari
Malam ini jam 10.43 malam, InsyaAllah anak ketiga Zah akan berumur setahun.

Semoga Allah panjangkan umur Qaireen Amani.
Anakanda yang baik. Yang banyak mengajar bonda erti sabar.
Anak-anak yang berbeda perangai
tapi tetap sama rasa kasih sayang dan cinta pada mereka.


Qaireen Amani anak bijak.
Segalanya pantas.
Dari saat hamilkan Qaireen Amani
Sampailah bersalinkan Qaireen Amani
cepat. mudah. tenang.

 

dari belajar mengereng, meniarap, menjulur,merangkak
duduk dan berdiri
hari ini Anakanda kesayang bonda.ayah.abang long dan kak ngah
dah pandai berjalan.
cepat masa berlalu sayang.
kamu anak hebat yang buat bonda bangga :)
Qaireen Amani sekarang dah pandai dengar arahan bonda
dah faham bila bonda minta kiss
siap bunyi lagi...hihihi
kalau bonda marah
cepat2 kiss bonda.
sayang Qaireen Amani.

ALhamdulillah, dah pandai salam tangan orang juga.
syukur...bila dah terbiasa tengok bonda dan ayah
ajar abang dan kakak baca doa
diapun dah pandai tadah tangan baca doa makan.
 


Qaireen Amani suka didakapan bonda sejak lahir.
Orang bilang Qaireen Amani akan lambat perkembangannya
Sebab Amani pun debab kan...hihihi
tp alhamdulillah
even punggung dobot.
perut buncit
Qaireen Amani laju je berjalan sejak umur 10 bulan.

Nurul Qaireen Amani sayang.
Selamat Ulangtahun Pertama sayang.
semoga kamu sentiasa dilimpahi kesihatan yang baik-baik sahaja.
bonda.ayah.abang long dan kak ngah
sayang kamu sangat-sangat
semoga besar nanti jadi anak yang solehah ya.
Bonda. Ayah. Abang Long dan Kak Ngah sayang kamu sangat-sangat.

1 comment:

nieda said...

Happy birthday nurul qaireen amani...semoga jadi anak yg solehah

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics