Thursday, November 28, 2013

Jatuh Bangun Setahun Menyusukan Anak dengan Susu Ibu

Alhamdulillah.

Dengan Akmal zah berjaya menyusukan setahun sebagai Exclusive Pumping Mom's
Dengan Aqilah juga berjaya harungi setahun penyusuan susu ibu.
Alhamdulillah, dengan Qaireen Amani - hari ini genap 1 tahun juga penyusuan susu ibu.

Keunikan cerita penyusuan setiap anak-anak berbeza,
pengalaman juga tidak sama.

Akmal - EP Mom's yang perlukan Zah jadi kuat, tepati waktu dan perlu usaha gigih
Aqilah - Zah beruntung merasai tempoh penyusuan semasa hamil
Amani pula zah berpeluang merasai ada anak susuan.
Syukur ya Allah.


Setahun menyusukan, rutin Zah untuk ke tiga ini lebih santai.
Banyak direct feeding dan hanya sekali sekala memerah bila perlu
Amani juga hari-hari dapat susu segar.
Masih berupaya buat stok lebihan untuk simpanan kecemasan dan simpanan anak susuan Zah.


 Dengan Amani, Zah memang fully utilized gunakan medela freestyle yang dah berusia 5 tahun ni
Alhamdulillah, benda yang paling berharga zah beli sejak ada anak ni.
Zah gunakan dimana sahaja, memudahkan kerja zah dipejabat
BP ni tahan lasak bila kita pandai guna dengan betul :)
Zah belum ada complaint lg...hihihi


Kalian,
Zah pun pernah dapat sikit.
Pada zah kuantiti tu tak penting
janji kita konsisten
kerapkan BF baby
tak cukup 4 kali. 
tambahkan 5 kali
malah zah ada kawan 9-12 kali perah sehari
untuk memenuhkan keperluan anaknya.

jadi pada zah
jangan berhenti disitu
jangan mengalah
usaha sehabis baik
doa banyak-banyak pada Allah
tambahkan dan giatkan usaha anda.




Alhamdulillah,
Allah izinkan Qaireen Amani sihat semula.
Pengalaman dia menolak untuk menyusu satu yang memberi kesan pada Zah
Zah sendiri pernah tidur 2-3 jam sehari
tak lena sebab amani kerjanya menyusu non stop.
pernah mengeluh penat.
tp bila Allah tarik nikmat menyusu hari tu
zah rasa sangat terkesan.
biarlah tidur tak cukup
biarlah penat dirasai
asalkan anak dapat nutrisi yang cukup.
 
Hampir seminggu anak kedua berhenti menyusu dengan bonda.
Dia sekarang tiada dengan bonda
bercuti di rumah opah di Pahang
jadi adik seorang sahaja yang menyusu dengan bonda.

setahun menyusukan
Zah dah pernah demam.
sakit perut
gastrik
selsema
batuk
pernah bengkak susu
pernah kejang urat
pernah susu sangat cair sebab badan panas
tp itu tidak mematahkan semangat zah
Zah pun macam kalian
ibu.

sebenarnya,
amani masa awal-awal kelahiran juga bukanlah good feeder
zah ajar dia menyusu.
zah belajar cue feeding amani
zah sering letak amani di dada
zah pastikan amani menyusu dengan kerap
tanpa jadual tertentu.
hampir 2 minggu berusaha
dia berjaya menyusukan dengan betul.

kesimpulannya.
Jika ada masalah, sekarang banyak bantuan boleh diperolehi.
Carilah sumber yang TEPAT.


antaranya buku Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu.
InsyaAllah, banyak persoalan dan kekeliruan ada disitu.
Selamat Menyusukan anak-anak kita.
Semua kesulitan semasa menyusukan anak boleh diatasi apabila kita ada ilmu.

'Seorang ibu selalu akan berfikir dua kali, satu untuk dirinya dan satu lagi untuk anaknya'
 - Sophia Lauren - MAHSI

4 comments:

Anonymous said...

Puan Izzah, nak tanya, sepanjang guna freestyle dah pernah tukar bateri ke belum?

izzahazfar said...

belum lg :) - bateri masih elok

Anonymous said...

puan izzah, saya nak bertanya.. susu badan sya semankin berkurang..mungkin kerana sya kurang pump sewaktu bekerja..kadang2 berebut surau dengan org lain.
mcm mna saya nak memperbnyakkan susu badan sya balik?ada ke mkanan apa2 mcm puan izzah ckp sblum ni mkan makanan yg berasaskan halba?

DANISH AuRoRa said...

Hai sis best nyer susu banyak kan. sis jemput ke new blog saya jual SHAWL kalo minat bole email saya tau.tq

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics