Thursday, November 07, 2013

Breastfeeding : Tips Susu Cair dan Susu Pekat

Alhamdulillah, sekali lagi Allah izinkan zah berkongsi dengan kalian tentang penyusuan susu ibu. Semoga entry ini bermanfaat pada ibu-ibu yang masih gusar dengan susu ibu. Pada zah yang penting anda cuba buat yang terbaik, istiqamah dan sederhana dalam segala aspek...InysaAllah....Allah akan mudahkan perjalanan kita.

Ok - hari ni Zah nak kongsi tentang susu Foremilk - iaitu susu awal yang biasanya lebih cair dan tinggi kandungan air dari lemak. Susu awal ini walaupun cair tapi lebih berkhasiat dari susu buatan manusia tau...susu awal akan nampak sedikit cair dan jernih dan adakalanya kehijauan.

Manakala susu Hindmilk pula adalah susu yang keluar selepas susu awal tadi dan mengandungi lebih tinggi lemak dari air. Macamana nak dapat susu yang berlemak adalah kekerapan menyusukan anak tanpa jadual dan kekerapan memerah di pejabat akan menjadi faktor kepada penghasilan susu kita. Untuk pastikan anak-anak kita dapat kedua-dua susu ini, susukan sepenuhnya di sebelah payudara sebelum menukarkannya ke sebelah lagi.

Zah quote dari Kellymom.com menyatakan bahawa ada kajian berbunyi seperti di bawah :-
"Research from Peter Hartmann’s group tells us that fat content of the milk is primarily determined by the emptiness of the breast — the less milk in the breast, the higher the fat conten "


Minggu lepas zah share dengan kawan kat pejabat bagaimana Zah simpan susu perahan dipejabat. Zah tak pasti sebab kebetulan atau sebab cara penyimpanan zah ni...hihihi tapi zah dah gunakan kaedah ni sejak 2011 lagi iaitu masa zah mula membuat stok untuk anak kedua.

Cara Zah simpan EBM setiap kali memerah adalah seperti dibawah.

  1. Perah susu selama 15-20 minit untuk kedua-dua belaha Cik B kita - Zah selalunya di pejabat akan perah 3-4 kali mengikut kesibukan sehari.
  2. Kemudian selalunya susu yang botol pertama akan kelihatan sedikit cair.
  3. Manakala susu kedua pula lebih pekat.
  4. Zah akan bahagikan kedua-dua susu tersebut untuk tujuan penyimpanan.
  5. Dengan kata lain. 50% dari susu foremilk dan 50% dari susu hindmilk akan disatukan didalam bekas penyimpanan susu.
  6. Jadi bila anak menyusu guna kaedah lain - botol misalnya anak kita akan minum kedua-dua susu tersebut. 
  7. Oh ye, kalau nak tau anak kita kurang susu yang mana antaranya adalah boleh melihat kepada najis anak - kalau hijau cair semata maknanya susu yang kita bekalkan tu adalah susu awal yang lebih cair dan banyak air dari lemak :)
  8. Gambar di bawah adalah susu foremilk dan hindmilk yang sudah dicampurkan dan mengandungi 50% hindmilk dan 50% foremilk. InsyaAllah anak kita akan dapat kedua-duanya.


Selalunya susu Zah yang ketara nampak hindmilk dan foremilk adalah diwaktu pagi sebab Amani dah minum sebelah dan sebelah lagi pula tak sempat dihabiskan. Yang cair adalah hasil dari sebelah lagi yang belum diminum. Manakala yang pekat akan terhasil dari yang sudah diminum. Teori kekerapan menyusukan/memerah adalah benar dan zah bersetuju.


Manakala untuk diwaktu perahan yang lain - susu Zah dah seimbang dan tidak perlu diasingkan kerana hasil yang dperolehi adalah pekat. Zah memerah sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali di pejabat.


Rujukan tentang Hindmilk dan Foremilk : 


Semoga entry bermanfaat. Harapnya pembaca tidaklah terburu-buru hendak membeli apa-apa suplement untuk memekatkan susu semata-mata. Anda kena tahu kenapa anda makan suplement tersebut. Anak kita perlukan kedua-dua susu sama ada cair atau pekat. Jangan terlalu menyusahkan diri dengan susu kita ni pekat atau tidak. Mitos baby tidak kenyang sebab susu yang cair juga perlu dilihat kembali. InsyaAllah, susu ibu yang dicipta oleh Allah untuk anak-anak kita ni memang penuh rahsia dan tidak boleh ditandingi dengan susu buatan manusia. Yang penting percaya. Konsep penyusuan mudah. Menyusukan tanpa jadual. Kerap dan konsisten.

Salam Mesra Penyusuan Susu Ibu,
Noorharizah Azfar
Kaunselor Laktasi

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics