Tuesday, October 22, 2013

Tips Berpantang Sendiri

InsyaAllah Zah nak dapat anak saudara tak lama lagi. Memang debar sebab ni anak saudara pertama zah...hihihi adik yang kedua nak dapat anak dah...insyaAllah adik yang ketiga tahun depan...last week adik ipar wassap minta zah share tips nak berpantang sendiri.

Muka tembam tapi segar hasil natural birthing :p


1stly, kenapa nak berpantang selepas melahirkan?

Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.


Pengalaman Berpantang Sendiri.

Kalau ikut pengalaman berpantang betul-betul memang buat badan jadi lebih sihat dari biasa. Apa pantang yang zah betul-betul buat selepas melahirkan anak-anak adalah seperti berikut :-

Mandi Air Suam / Air Herba - 30 hari : kalau masa anak 1st, zah berpantang just ikut apa orang kata...tapi lepas anak kedua dan ketiga Zah berpantang dengan sedikit ilmu :). Tujuan mandi dengan mandian air herba ini dipercayai dapat membantu ibu-ibu baru mengembalikan tenaga,mengeluarkan angin, menghapuskan bau daripada lokia (darah nifas) dan rembesan lain serta merawat urat-urat yang sengal. (sumber : Berpantang Selepas Bersalin )



Sebab pantang sendiri, daun-daun asli pun payah nak carikan..nak mudah zah beli yang ni je - Mandian Herba Bersalin TYT...mudah sangat...just masak dengan air....pastu terus mandi...boleh pakai 2-3 kali sampai warna dia dah jernih....
 
Oh ye, Zah mandi 2 kali. Sekali masa awal pagi - antara jam 7-8 pagi. Pastu sekali lagi masa petang. Antara jam 4-5 petang. Zah rasa mandi ni penting, tp tak perlula sampai berendam cukup bersihkan badan dan juga darah nifas. Nak pastikan luka jahitan baik cepat...kena tukar pad selalu dan juga pastikan kebersihan kat bawah tu dijaga selalu.

Kalau pantang sendiri, pastikan baby kenyang dan selesa barulah kita mandi dan bersihkan diri dengan tenang...susukan baby sekenyangnya..or mandikan baby dulu...Zah memang mandikan baby awal..sebab nurse datang rumah awal pagi....jadi takdelah segan sangat dengan nurse bila baby dan maknya dah wangi masa depa mai melawat.

Bertungku 2 kali sehari

Zah selalunya akan bertungku awal-awal pagi. Subuh tu husband bangun bakarkan siap2...jadi sementara tunggu masa sesuai nak mandi, bertungku kat kaki, pinggang, punggung, perut...Zah suka bertungku sebab darah lancar je keluar....

Pastu sekali lagi buat waktu petang dalam 7.00 - 8.00 malam...kalau tanya kenapa buat lewat, jawapan dia sebab husband je yang reti bakar tungku n balut...hahahha kalau harap zah comfirm kain hangus :p - link pantang masa 2010 - husband yang bakarkan tungku :p

Oh ye...bertungku juga membantu zah masa kena 'rengat', rahim nak mengecut memang sakit...tambah pula bila Zah buat tandem nursing masa minggu 1st. Sakit dia macam sakit nak sepak orang...huhuhu boleh bayang tak? macam sakit nak bersalin tu....bila bertungku, rahim kecut dengan mudah dan darah elok je kuar....

Zah juga ada tungku elektrik, tapi rasa dia tak sama..lebih sedap pakai tungku besi/batu tu..puas je golek2 kat badan... - Persediaan Berpantang


Makan Jamu - Jamu Pilihan Nona Roguy


Kalau Allah izinkan sekali lagi mengandung nanti, nak berpantang pun zah akan pilih jamu ni...Zah tau ada setengah2 ibu yang lebih suka berpantang moden..tak lalu jamu2 ni..tapi Rangkaian Herbanika Nona Roguy ni memang sedap sangat dipakai...

Kalau lulur dia tu...zah memang pakai since anak sulung, minyak dia sedap, pyhtonatal dia superb....tak rugi invest untuk diri...anak tiga tapi macam anak dara :p

 
Berstokin
Orang selalu tak kisah nak pakai stokin atau tak, tapi sebab badan sendiri tau kenapa perlu pakai stokin...zah pakai...cukup 44  hari juga...takmo badan berangin...sebab bila badan berangin masa pantang naik kat kepala...Allah je tahu sakit dia macamana...sebab tu pada masa yang sama kena jaga makan juga...

Makan makanan yang berkhasiat
Jaga makan bukan bermakna tak makan makanan yang berkhasiat...Zah makan ikan, ayam, sayur semua...tp tak mengejut...mean pelan2...awal2 tu mak zah tak bagi makan mengejut macam cili semua tu takut sembelit...kang sembelit bg ibu baru bersalin taula azab dia macamanakan...hihihi dengan takut jahitan tertetas lagi...jadi zah ambil step by step...

Zah masak sendiri - nak senang kukus je semua..potong laju2...masuk periuk...stim..siap.... - entry pasal makanan kat sini - 

Minum air secukupnya
Yang ni ada orang limitkan airkan? Zah takde limit..minum air suam...kadang2 campur manjakani, halia...banyak minum air kosong je lah...tapi zah tetap minum milo, kopi semua...kecuali teh...hihihi kesannya...badan ok je...anak no tiga langsung takde masalah sembelit...relaks je :p

Berbengkung
Masa preggy semua bentuk badan dah lari, sedap sebenarnya berbengkung...kita bentukkan badan tu balik....rasa badan tu kuat dan berada di tempatnya...kalau orang kata susah nak bf, susah nak itu susah nak ini...sebenarnya semuanya datang dari hati...kalau semua susah memang apapun tak jadi :)

Badan lepas pantang...memang nampak sangat kecut dr dulu...hihihi selain dari menyusukan anak sepenuhnya, penjagaan makanan dan berpantang memang sangat membantu Zah

Zah dah drive masa hari ke 10, tawakal jugalah...alhamdulillah takde pape..zah drivepun sebab g klinik...pastu masa minggu ke tiga Zah juga menghadiri konvokesyen di PWTC.. maknanya even berpantang, takdelah ketat sangat...berpantang yang perlu dan boleh terima dek akal sahaja...hihihi...Zah dalam pantang dah ke pasar beli barang basah, dah kuar daftarkan anak masuk sekolah...kesimpulannya, badan kita perlukan sekurang2nya 2 minggu nak betul2 kuat..jadi lebih baik jaga diri dan sihat betul-betul baru buat aktiviti lain...for me badan nak pakai lama..memangla masa awal tu tak rasa pape..tp dah masuk kerja, kena aircond...kena persekitaran yang tercemar...badan akan bg kesan...nasib baik even zah demam masa masuk kerja, tapi masih kuat nak menyusukan anak-anak. Zah rasa sebab zah jaga badan, kalau tak mesti memang lemah giler...

Ok tu je,
Zah bukan siapa-siapa.
Hanya seorang ibu yang pernah berpantang 3 kali.
 
Ikhlas dari hati,
Izzah.

3 comments:

mamasyafi said...

Betul..pantang sendiri ke berjaga..still kena pantang. Anak ke3 ni br pantang rumah sendiri sbb along & angah dah sekolah. Samala kita zah dlm pantang bawak keta. Hari ke 27 kalau x salah..1 day kena tinggal..mak mentua dah balik johor, hubby g offshore angah demam..mama bawak keta manual g spital..usung 3 anak termasuk baby.
Sy czer plak tu...alhamdulillah waktu tu badan dah segar

Arinie Ghazali said...

Hebatnya hari ke10 dah drive. Thanks byk tips yg bagus

hartini zulaikha said...

Assalamualaikum...
tima kasih atas perkongsian tip2 ni..
tgh mencari ilmu tuk berpantang sendiri nnti...
tq..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics