Tuesday, October 01, 2013

The Journey Of Breastfeeding Mother : 10 bulan dan apa jangkaan kita?


Alhamdulillah.
dah 10 bulan menyusukan amani dengan susu ibu.
so macamana pencapaian setakat ini?



 Ada waktu memang dapat banyak
tambah pula bila zah makan banyak.
truely kalau malam zah makan sedap sikit
insyaAllah esoknya tu banyaklah susu perahan
sebenarnya bukan sebab makan banyak susu jadi banyak
badan kitakan sihat, kuat, hati pula tenang
jadinya...susupun akan keluar tanpa malu-malu
 

dah 10 bulan ni - Alhamdulillah, momentum masih sama. Cumanya dengan Qaireen Amani zah memang sangat kurang memerah. Nak berkawan dengan pump tu memang tak sangat dah...maklumlah ada dua orang pemerah tegar kat rumah. So, biar depa je yang pastikan susu ni on demand.

Tapi kat office - 3 ke 4 kali sehari tu mesti buat. Sibuk mcmanapun zah tetap akan perah susu.
Hujung minggu zah hanya buat perahan tangan - not bad, sekarang 10 oz dengan perahan tangan tu dah berjaya dibuat...hihihi...
so my medela freestyle akan digunakan di pejabat sahaja.
 


2 tahun 10 bulan - kalau rindu dia masih cari susu bonda.umi.mami.ibu
budak kecik ni pula kawan baik dia bonda.umi.mami.ibu dialah.

so, kesimpulannya 10 bulan apa jangkaannya?
Zah masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu.
alhamdulillah, susah diawalnya tapi sekarang dah manis.
kalau tengok susu perahan dalam deep freezer tu memang fulliutilized.
dua2 penuh dan padat.
Alhamdulillah, rezeki anak-anak zah betul.
InsyaAllah lagi 2 bulan nak cukup setahun
Pada Zah bukan kejayaan kuantiti perahan tu jadi ukuran
tetapi kejayaan mengharungi onak dan duri masa menyusukan anak tu yang akan jadi kenangan.

tidur yang tak cukup
sakit digigit
melecet
bengkak susu
demam
sakit

tapi tak jadikan halangan untuk zah menyusukan anak-anak.
Allahuakbar.
zah tak tau orang lain
tapi bg zah
manis sebenarnya. 

kalau yang baru baca blog ni
suka zah nyatakan bahawa
susu kita cukup.
memang cukup
janji kita pandai dan tahu keperluan anak.

untuk rekod
10 bulan
amani hanya minum 3.5 oz - tu pun jenuh nak habiskan sebotol.
sehari paling banyak 15 oz
kekadang 10 oz sahaja.
alhamdulillah, zah pun dah perkenalkan amani dengan makanan
jadi sepanjang dia bersama pengasuh
amani juga kenyang dengan makanan.

suka zah kongsi dengan kalian bahawa
pastikan kita dah establish di fasa awal penyusuan
dah establish, insyaAllah nak harungi masa depan tu lebih indah.
teruskan menyusu
doa.usaha.istiqamah dan sederhana.

Anak-anak susu ibu - Akmal, Aqilah dan Amani


Salam Mesra Penyusuan Susu Ibu.
Noorharizah Azfar
Kaunselor Laktasi
www.izzahazfar.blogspot.com
 

1 comment:

Cik Puan Tqah said...

kene think +ve kan.. tqah skrg pam plg byk dpt 5oz je.. kdg2 kalau bby br lepas nyusu da xdpt byk tu

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics