Monday, October 28, 2013

The Journey Of Breastfeeding Mohter : 11 Bulan dah ke?

Susu Perahan semasa di pejabat


Pejam celik pejam celik dah 11 bulan menyusukan anak ketiga.
Alhamdulillah...anak kecil tu menyusu susu bonda dengan penuh semangat..
11 bulan ni pun zah dah mula dengan perkongsian susu ibu dengan seorang anak sahabat zah....Alhamdulillah...sekarang dah bertambah anak zah...
hihihi tp dia muda sebulan dr Qaireen Amani.



Qaireen Amani pula sekarang kalau menyusu
jenis menyusu lama bila dan sangat kerap masa waktu malam
masih reverse cycle...hihihi jadinya
hasil susu perahan zah tu memang terlebih dari keperluan amani
tu sebab Zah bincang dengan husband untuk ambil anak susuan.



Dah 11 bulan ni...Susu Zah masih lagi macam susu masa dalam pantang...adakala tu memang terlebih..tambah bila Zah terlepas waktu sesi pumping kat office...gambar kat atas tu dapat sekali banyak 4 bungkus...20 oz...hihihi tahap bengkak yang memang tak boleh tahan dah masa tu...



tapi langit tak selalunya cerahkan...ada satu masa BP zah yang medela freestyle ni buat hal...gelabah juga...terpaksa buat single pumping dan guna bp manual kat office (zah nak review bp manual ni nanti)...

Sejak ada anak susuan, zah memang perah 4 kali kat office. selalu tu takdelah dapat byk, tp  zah saje je create demand...penyusuan susu ibu ni asas dia lebih tinggi permintaan lebih tinggilah penawaran..

2 Hari juga pakai manual kat office, sampai sakit tangan2 ni..kejang...suami terpaksa urut..hari ketiga baru sampai spare part yang jadi fs zah problem...sib baik ok...kalau tak memang dah pecah tabung ayam.

Nasib baik...dalam gelabah dan kalut tu susu perahan yang Zah perlukan tu masih mencapai target. Zah sekarang memang letak target 30 oz sehari. 15 oz untuk amani , 10 oz untuk anak susuan Zah Muhayra dan 5 oz untuk simpanan kecemasan.


 Alhamdulillah, Zah rasa 11 bulan nan indah ni dapat dilalui sebab Zah pastikan awal-awal tu Zah punya journey cantik je.

Maksud zah -dah well established....Zah dah latih anak menyusu dengan cara yang betul, Zah banyak direct feeding, sabar banyak sebenanrnya...kekadang zah ngan suami pun memang banyak tolak ansur....anak zah yang no 3 ni special...dia memang jenis kalau nangis satu kampung dengar...kekadang stress tu tak yah cakaplah..tp bila stress zah memang husband handle...takmo effect kat anak...

Oh ye korang,

Kalau nak susu stabil mcm ni.

Tak perlu makan makanan tertentu. Takde sebenarnya ubat ajaib yang boleh bantu kita dapat susu banyak. Takde...kita kenalah usaha. Macam Zah kata, Zah letak target...kalau sehari tu zah kena dapat 30 oz...Zah akan pastikan dapat...so zah akan perah sampai cukup. tp tu tak bermakna Zah tak pentingkan direct feeding. Direct feeding the best way to maintain breastmilk enough to our baby...

Kat office, Zah selalu perah 3-4 kali...Zah cipta balik permintaan. Sebelum ni memang 3 kali je...dah dapat anak susuan ni zah tambah sesi perahan. Hujung minggu pun sama..ada masa senggang, lepas je amani n aqilah menyusu zah perah lg.

Bukan dapat banyak pun...tapi kalau kumpul-kumpul jadilah stok...:)

Takde jalan pintas tau. Takde rahsia makanan tertentu untuk jadi susu banyak. Sebab tak semestinya Puan A makan, kita akan dapat hasil sama macam Puan A. Makanlah berkoyan-koyan makanan penggalak susu tp direct feeding kurang, memerah tak buat...memang tak dapatlah nak maintain susu.

Ok tu je. :)

nanti update lagi ye.

Salam mesra penyusuan susu ibu.
Noorharizah Azfar
Facebook : Noorharizah Azfar



No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics