Thursday, October 10, 2013

Susu Saya Tidak Cukup



'Walau secanggih manapun pum yang ibu gunakan, ia hanya alat yang tidak bernyawa. Ia sama sekali tidak dapat menggantikan peranan bayi. Apabila bayi menghisap, dia cuma mengambil masa kurang seminit untuk meransang refleks ejeksi susu berbanding beberapa minit bagi pam.'
~ Dr. Faridah Idris ~
*********************************************************************************** 

Entry yang lepas Zah kongsikan mengenai Penyusuan Susu Ibu : Kenapa Susu Saya Kurang? . Hari ni zah nak kongsikan pula mengenai isu susu yang tidak mencukupi untuk anak. Kadangkala, maksud 'cukup' untuk semua ibu tak sama.

Lain anak, lain keperluannya
Lain ibu, lain penghasilan susunya.


Jadi apa penyelesaian untuk mencukupkan susu anak kita?

  • Susukan anak tanpa jadual. atau dalam kata lain breastfeed on demand. Anak menyusu sekejap-sekejap tu bagus tau...nampak renyah sikit tp sebenarnya kita menghantar signal pada otak untuk bagi susu lagi.
  • Maknanya jangan tunggu 2 jam sekali bagi anak susu. - maksudnya, jangan ada jadual langsung. lagi kerap anak menyusu lagi bagus...lagi banyak anak dengan kita lagi banyak hormon cinta terhasil.
  • Menyusukan anak ditengah malam. Siapa yang tidurnya lena sejak ada anak kecil?...hihi zah ni dah berbulan amani sangat kuat menyusu waktu malam...tp kesannya memang mantapla. Alhamdulillah, nak masuk 11 bulan..susu Zah macam masa awal-awal berpantang dulu. Sebab? demand tu ada.
  • Jaga makan dan minum. Bukan bermaksud kena pantang makan. Makan je apa yang nak makan janji ibu sihat. Jangan salahkan 'penyusuan susu ibu' yang buat kita gemuk. Bila kita kawal pemakanan, dalam badan tak cukup nutrisi macamana susu nak cukupkan.
  • Mind Set - positif. Bila positif...tengok susu perahan setiap hari mesti kita rasa cukup..
  • Establish - bila dah mudah dari awal, insyaAllah penyusuan sampai akhir tu mudah. So macamana nak mudah? - hadiri kelas, rajin-rajin membaca. Sekarang semua maklumat hujung jari...ambil mana yang positif. Faham dan praktis.
Kat atas semua tips Zah bagi adalah kita kena utamakan bayi/anak. Kemudian bila hasilnya masih tidak memenuhi keperluan apa yang perlu dibuat?
  • Tambahkan sesi perahan sama ada selepas menyusukan bayi atau buat perahan di tengah malam. Kalau biasa buat 5 kali, mungkin boleh tambah kepada 6 kali..7 mungkin. janji cukup.
  • Kaedah power pumping boleh dicuba ( perah 10 minit, rehat, perah lagi cukupkan 1 jam)
  • Bercuti dengan bayi dan luangkan banyak masa bersama agar hormon bertenang tu kembali ke paras normal.
  • Peluk pasangan. Menangislah jika perlu. Minta pasangan berikan hormon2 cinta yang boleh membantu kita para ibu menghasilkan susu untuk anak mereka.
  • Beberapa makanan yang dicadangkan boleh membantu meransang susu seperti lobak putih, sawi, coklat, soya, air longan, habatusawda, helba dan lain-lain.
Tapi kalau semua dah buat masih tak cukup.
 Ingat yang kita tak berseorangan di dunia.
join kumpulan sokongan susu ibu untuk dapat input yang membantu setiap permasalahan kita.
Doa banyak-banyak minta Allah mudahkan perjalanan penyusuan kita.
Ingatlah bahawa tiada perkataan gagal bagi mereka yang dah berusaha
Kejayaan juga satu benda yang subjektif dan berbeza mengikut setiap individu.

InsyaAllah, Allah akan mudahkan kita bila kita mencuba sehabis daya.

Salam Mesra Penyusuan Susu Ibu.
Kaunselor Laktasi Bertauliah




No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics