Friday, October 04, 2013

Penyusuan Susu Ibu : Kenapa Susu Saya Kurang?

Bekal Amani - fresh dan beku setiap hari juga bubur / sup untuk memenuhi keperluan seharian di rumah pengasuh

Rata-rata bila susu berkurang dan tak mencukupi dengan keperluan anak.
hati sudah mula gusar.

Zah pun pernah berada di tempat anda dan sudah merasainya.

Cuma syukurnya ketika itu, Zah tidak terlalu tertekan kerana suami sentiasa minta Zah bersabar dan menyatakan bahawa susu untuk anak-anaknya mencukupi.

Kalian,

Sekitar Februari 2009 - Mac 2010 Zah adalah seorang Exclusive Pumping mom - enam bulan pertama zah hasilkan susu untuk akmal setiap 2 jam sekali... tengah malam bangun, awal pagi bangun..masa sedang bekerja juga terlari2 mencari jadual memerah. memang agak tertekan..kerana ketika itu anak sulung hanya minum susu menggunakan botol. Namun, semua kenangan menjadikan Zah lebih tabah untuk anak seterusnya.

Alhamdulillah, sejak tahun 2010 - sehingga kini 2013, Zah rasa persekitaran penyusuan susu ibu sudah 'establish'..orang bilang sudah biasa dan sudah tahu dimana lompongnya. Bila kurang tahu dimana perlu ditambah keperluannya.

Menurut buku Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu. Ada beberapa punca mengapa susu kita kurang. Iaitu :-

  • menyusukan bayi terlalu mengikut jadual tetapi tidak mengikut keperluan bayi
  • tidak mengosongkan sepenuhnya payudara
  • anak tidak menyusu pada waktu malam
(Dapatkan maklumat penuh dengan membeli buku ini ya! - http://izzahazfar.blogspot.com/2013/10/pembelian-buku-membesarkan-anak-hebat.html )

Ketahuilah susu sedikit bukanlah satu penyakit yang perlu dirisaukan. Ada banyak sudut yang perlu diperhalusi dan dilihat asbabnya.

Corak penyusuan anak
pengosongan payudara
mungkinkah kita hamil kembali
ubat yang diambil
perancang keluarga yang digunakan
usia bayi
persekitaran kerja dan komitmen ibu
kesihatan ibu
fizikal dan mental ibu
dll yang berkaitan dengan badan ibu itu sendiri.

Penyusuan Susu Ibu TIADA jalan mudah. Kasihan dengan MEREKA yang MENGAMBIL kesempatan.

Namun ANDA sebagai ibu HEBAT. Bijaklah menggali ilmu. Bijaklah mengatasi masalah anda.

Mungkin kita stress. Kerja yang menimbun. Mana nak kemas rumah lagi. Masak. Mendobi. Layan suami. Layan anak-anak lain. Kerja di Pejabat.

Cuba bertenang. Cuba beberapa cara semulajadi. Ada banyak cara. Bukan dengan MAKANAN isimewa semata-mata. InsyaAllah, bila kita berusaha Allah akan bagi jalan.

Salam mesra penyusuan susu ibu,



No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics