Monday, October 28, 2013

Nurul Qaireen Amani : betul betul betul dah 11 bulan tau!

Ish cepat betul budak kecik masham ni besaq.

Alhamdulillah amani dah berlari!
ye bukan jalan pelan-pelan dah
dia lari uolss...


video


Ada kawan Zah tanya apa tips bagi anak cepat jalan?
takde tipsla..
Alhamdulillah, anak-anak Zah ni semua jenis cepat juga.
lega sangat...
Maybe sebab Qaireen Amani ni ada role model
jadi cepatlah dia 


Kadang-kadang rasa Qaireen Amani jenis lagi cepat dari kakak dan abang
kakak dan abang lompat
dia lompat. kakak dan abang panjat dia panjat
sekarang kakak dan abang tidur asing diapun nak join tidur asing dengan abang dan kakak dia.


sehari sebelum raya haji ritu Zah dah bawa Qaireen Amani bersunat.
Now she officialy anak dara..
nangis sikit lepas tu terus leh jalan lagi laju.


Perasan tak dengan rambut amani?
dia macam ikal mayang yang keriting sikit tu...
emm agak2 dia besar nanti tak taula camner dengan rambut dia...hihihi
oh ye gigi masih kekal 7 batang.
dua bulan ni dia belajar jalan ngan lari je..so gigi tak tumbuh lagi.


Seronok kan kalau bangun pagi tengok mata bulat macam ni senyum kat kita.
Zah ni kan mak bekerja..puas betul kalau hujung minggu baring sebelah amani
belek dia
geletek dia
gigit lemak dia
hihiihihi amani punya gaya tidur sama macam akak n abang dia
maybe sebab zah dah latih depa semua dr awal
elok je makan kenyang, jam 9.00 malam masuk bilik
main, sembang, gelak
setengah jam semua tidur dah



cuma amani ni beza sikit ngan kakak dia
amani even makanan depan mata
jarang sungguh dia nak habiskan makanan tu
gigit sikit-sikit
kunyah sikit-sikit
hasilnya makan la 10%
menyusu dengan bonda secara terus 70%
menyusu botol 20% 

menyusu kuat terutama waktu malam
bondapun dah biasa tido2 ayam
tapi sekarang senang
buka mata sikit je
hihihi amani pandai nak cari posisi dia


 

Alhamdulillah, lately amani dah pandai mengajuk
cepat sungguh...zah sekarang kalau nak solat
memang kena bentang dua sejadah
satu untuk zah
satu untuk amani dan akak or abang dia
kemain pandai takbir dan sujud
tau dah bila kita sebut Allahuakbar tu
takpe pelan2 latih anak2 solat
semoga sampai besar tak liat...


terus terang, Zah rasa amani ni memang sedikit 'lain' dari kakak dan abang dia.
Abang dan akak dia bonda relaks je dalam pantang
amani sejak sebulan bonda asyiklah bawa dia kemana sahaja
ingatkan budak yang selalu didukung, didakap dan dikendong ni 
akan lambat jalan...tapi Amani buktikan bahawa dia lagi laju dari kakak dan abang.
Alhamdulillah, lepas jalan dah berlari.
Malah sekarang kalau nak susu dia dah pandai sebut
nak nak..nak...
Allahuakbar...dia dah mula belajar bercakap pula.


Pengalaman bawa amanu bersosial sebenarnya sama je dengan masa bawa akmal dan aqilah
tapi amani pula jenis ramah sikit..banding kakak dia..
ada satu masa tu dia sehari menyusu sikit2
makan sikit2
tapi dia banyak berjalan, banyak main bila jumpa geng..


 

Amani sebenarnya adik dari 2 orang lagi tu
tapi dia pula macam ketua geng..hihihi
penat main lepas tu pengsan dia tido.




Alhamdulillah, 11 bulan nan indah
Zah dan suami sebenarnya sudah bercadang untuk baby lagi.
cuma insyaAllah tidaklah seawal ini..
hihihi kononnya kali ni nak rancang betul2.
takmau terlejut bila tengok pregnancy test dah...hahahahh
Amanipun sangat bahave. Bonda dan ayah dah mangli bila dia nangis
sekarang ni dia memang macam kak lang kawasan dah
sebab dia akan buli abang dan kakak dia.
kesian pula tengok kakak nangis sebab adik tarik rambut
abang pula tempat adik baring...
padahal adik dah sama besar ngan abang.


11 bulan menyusu dengan bonda
11 bulan fully cloth diaper
11 bulan makan makanan yang bonda masak
11 bulan yang indah
11 bulan yang istimewa.
Semoga amani sihat ye.
hujung minggu ni kita naik belon lagi.
InsyaAllah.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics