Wednesday, October 23, 2013

Nurul Aqilah Irdina : Extended Breastfeeding



Mahu menulis kerana ini merupakan kenangan.
Mana tahu satu hari Nurul Aqilah Irdina dah besar dan dia baca blog bonda.

Hari ini genap usia Aqilah Irdina 2 tahun 10 bulan 2 minggu.
lagi beberapa bulan usianya menginjak ke angka tiga tahun
cepat benar...
rasa baru sahaja menyusukan anak comel ini.
ayah kata dulu masa dalam pantang
selain hobinya tidur sahaja.
dia juga kerjanya menyusu semedang...

Mudahnya dan indahnya penyusuan susu ibu bersama Aqilah Irdina
sehinggalah bonda disahkan hamil kali ketiga.
dalam seronok dan sedikit berdebar
bonda masih memerah seperti biasa
sehinggalah satu hari
bonda jadi pening dan 'cramp' di perut.
bonda terpaksa berhenti memerah di pejabat
dan terasa mahu berhenti juga menyusukan kamu
namun, niat dan rasa itu hanya terhenti disitu
bonda dan kamu sangat intim sehingga saat akhir mengandungkan adikmu



Kemudian, kisah tandem nursing pula dimulakan ketika adikmu lahir...walau bonda masih diduga dengan sakit yang maha hebat semasa rahim mengecut..dan sekali lagi terlintas hanya mahu menyusukan adikmu seorang. tp naluri bonda tidak bersetuju untuk berhenti.

Hari ini bangga bonda katakan, bonda berjaya mengharungi onak dan duri penyusuan semasa mengandung, penyusuan berganda (tandem nursing) dan juga penyusuan selepas 2 tahun (extended breastfeeding).
 

Hari ini ketika usia anakanda tercinta Aqilah Irdina berusia 2 tahun 11 bulan. sudah seminggu kamu tidak meminta susu bonda..kamu sudah mengerti susu ini untuk adikmu seorang.

Walau adakalanya bonda rasa rindu sangat...dan kamu sendiri rasai kerinduan itu...bonda masih berikan susu bonda...kerna bonda tahu susu bonda bukanlah semata-mata susu padamu wahai putriku.

Penyusuan Susu Ibu antara kita adalah satu ikatan cinta. Bonda percaya perpisahan yang kita lalui hari ini adalah perpisahan yang penuh redha. Tiada paksaan mahupun penipuan...kamu sendiri tahu dan mula faham yang kamu semakin dewasa..dan bonda pula semakin berusia...hihihi

 

Aqilah Irdina,

Namun...jika satu masa kamu sedih,
jika kamu mahu bonda memelukmu seperti selalu
bonda masih berikan padamu sayang.
Seperti mana yang bonda lakukan sebelum ini.
Menyusukan kamu ketika 'tantrum' 2 tahun kamu bermula

Bonda syukur kerana rasa dan jiwa ini
tidak terasa bila kamu sudah tidak bergantung dengan bonda
Semoga anakanda Aqilah Irdina terus membesar
Alhamdulillah - bonda halalkan setiap titis susu yang kamu teguk sayang...
 


Kalau anda tanya mengenai penyusuan selepas 2 tahun pada Zah

hanya 1 kata yang boleh zah gambarkan
indahnya menyusukan anak-anak kita
tidak pernah rasa malu terbit
sebab zah tau...moment inilah yang akan zah rindu bila mereka dewasa kelak.
dan sebenarnya, Aqilah Irdina tidaklah berhenti terus
dia rindu dia datang juga
kadang2 zah yang panggil dia menyusu
kesimpulannya, enjoy ur journey of breastfeeding
Zah sendiri masa dulu tak lah terniat nak menyusu lama2 kat anak
dalam diam tak diam
hampir setahun juga journey extended bf ni.
semuanya kerana Allah.
yang penting mind kena positif.
InsyaAllah tiada yang mustahil.


Ikhlas dari diari ibu 3 anak
yang punya pengalaman penyusuan berbeza.
Kaunselor Laktasi Bertauliah


 

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics