Monday, October 21, 2013

Milk Sharing : Aqilah + Amani + Muhayra

Hujung ogos 2013 - seorang sahabat Zah mengkhabarkan berita gembira...Alhamdulillah dia disahkan preggy sekali lg....

kebetulan masa tu zah ada bgtau yang dua-dua deep frezer dah sarat dengan susu perahan. Amanipun tak minum banyak masa dengan pengasuh..kak ngah aqilah pula direct feed je...jadinya memang ebm zah tak luak langsung...


Sampai zah terpaksa kurangkan sesi memerah di hujung minggu dan juga sesi memerah awal pagi. Zah hanya memerah di pejabat 3-4 kali sahaja...

Jadi...sahabat Zah telah melamar zah untuk jadi ibu susuan kepada anaknya yang berusia 10 bulan..tak beza banyak umur dengan amani.

Zah pun bincang dengan husband...Alhamdulillah, kali ni husband zah terbuka hati nak izinkan zah kongsikan susu zah dengan anak sahabat zah ni.

Kalau ikut perancangan dia akan datang sendiri ambil, tp Allah pula aturkan cerita lain..hihihi jadinya Zah dan suami telah gunakan perkhidmatan bas untuk hantar susu ke kuala lumpur.

Alhamdulillah - dua kotak susu penuh telah selamat tiba semalam.
12 jam juga perjalanan yang diambil, tak cair...insyaAllah susu tersebut akan buatkan Zah jadi ibu susuan kepada anak sahabat Zah.







kalau dulu zah takde target,
sekarang zah dah ada target
sekurang-kurangnya 30 oz sehari

15 oz untuk Qaireen Amani
10 oz untuk anak susuan zah (insyaAllah)
5 oz untuk simpanan kecemasan.

nak jadi cerita hari ni breastpump medela zah buat hal...
harap2 takdela lama sangat dia merajuk.
jenuh juga takde electric bp kat office.


kalau nak tahu mengenia hukum anak susuan - 
boleh rujuk link ini : Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat

cinta hati : akmal, aqilah dan amani yang dapat adik susuan.


Alhamdulillah, suami zah sebenarnya yang paling banyak membantu untuk mudahkan zah dalam penyusuan ni...
kekadang kesian juga bila dia kena berebut dengan anak2...hihihi
tp bak kata pepatah..anak- anak didahulukan 
jadi bersabar sahajala ye..

sampai bila nak berkongsi susu?
selagi mampu..insyaAllah
Amanipun tak menyusu sangat..
kiranya bekalan untuk dia 15oz sehari tu memang sangat mencukupi
dari zah bazir buang susu..baik zah kongsikan dengan yang memerlukan

doakan baby muhayra boleh terima susu zah ye.
insyaAllah kalau serasi lepas ni berterusanlah zah akan kongsikan susu anak-anak.

1 comment:

Nur Aini said...

Murni nya hasrat Kak Zah. Moga Allah gandakan rezeki Kak Zah sekeluarga. Amin. Dan bangga dgn suami Kak Zah yg very supportive. Congrats!

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics