Wednesday, October 02, 2013

Jadi EP Mom's 3 hari : Cooler Box baru


Alhamdulillah, last week ke langkawi.
pengalaman ke langkawi dengan susu perahan tak lah semudah mana
maklumlah nak angkat naik feri tu memang sedihla
mana dengan beg sarat dengan coklat lagikan :p


ni link cerita ke Langkawi  masa bulan 4 2013 - tapi masa tu tak rasa sangat susahnya sebab ramai yang tolong..maklumlah travel dengan budak2 office.
tapi kali ni
travel dengan bos-bos
so takde harapan nak tolong angkat barang.
zah bawa juga box yang macam letak ikan tu kan
tapi once sampai langkawi jumpa cooler box yang beroda terus
tak hingat
dua tiga kali pusing belek semua
terus sambar tanpa fikir panjang. :p

 
kalau orang lain beli pinggan mangkuk periuk bagai
zah beli cooler box beroda.
puas hati sebab lepas ni kalau kena out station dah ada dah penyelamat.

ok back to story
zah ke langkawi 3 hari 2 malam.
so zah dah letak target sekurang-kurangnya Zah kena perah 8 kali sehari
zah buat jadual

6 pagi - 9 pagi - 12 tengah hari - 3 petang - 6 petang - 9 malam - 12 tengah malam - 3 pagi

Alhamdulillah, zah dapat buat ikut jadual.
tapi tak semua tu dapat banyak
janji zah perah dan bagi signal kat otak untuk hasilkan susu cukupla,


 24 jam pertama - banyak juga dapat kumpul susu,
yang paling banyak masa malam pertama dapat sampai 15 oz
kebetulan makan banyak, minum banyak
report dr suami pula kata anak-anak ok dengan ayah depa
mau tak hati tenang je kan..
Alhamdulillah.


Ini pula susu 3 hari 2 malam.
dapatlah dalam 21 pek berisi 5 oz susu.
paling tak boleh tahan masuk hari kedua
dah mula sakit urat bengkak
pump medela yang mahalpun tak mampu nak kosongkan susu..
perahlah guna tangan pula.
tak sama bila direct feed ngan ep ni
jadinya bersyukurlah bila dapat susukan anak secara terus
memang tabik spring pada ibu2 yang berjauhan dengan anak
yang kena p kursus sampai 6 bulan.

 

Alhamdulillah, dengan adanya cooler box beroda ni
Zah memang mudah sangat nak angkat barang2.
cooler box ni bukan setakat beroda siap ada baju cantik lagi
so - lepas ni kalau out station ke langkawi
takde alasan dah...hihihi...

sebelum ada yang tanya.
harga cooler box tu RM105.00
beli kat RAM.

itu je update hari ni.
oh lupa - sebab jadi ep 3 hari,
zah bengkak urat - smlm ke tukang urut sebab sakit pinggang
rupanya urat susu tu yang bengkak
sakit sampai kat pinggang 
dan buat zah demam
p urut baru lega.
susu banyak katanya
alhamdulillah - dah 10 bulan
rezeki anak-anak
usaha yang tak putus
doa dan istiqamah
tak lupa sederhana.

salam mesra penyusuan susu ibu,
izzah
 

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics