Wednesday, September 04, 2013

Penyusuan Semasa Hamil : Boleh atau tidak?

Menyusukan anak kedua Aqilah Irdina - semasa sarat hamil Qaireen Amani

Sejak Amani lahir, Zah sering dihujani dengan pertanyaan mengenai PENYUSUAN SEMASA HAMIL.... Banyak persoalan yang mahukan jawapan. 

Zah ada kongsikan mengenai hal ini disini : 

Penyusuan Susu Ibu semasa hamil dari sudut agama : 

Keputusan Untuk terus menyusukan Aqilah Irdina masa Zah tahu hamil kembali :

Journey menyusukan anak semasa 34 weeks mengandung anak ketiga :



Menyusukan Qaireen Amani  ketika dia berusia 8 bulan
Jadi kalau kalian tanya Zah, adakah boleh untuk meneruskan penyusuan semasa hamil. Semuanya terletak pada diri sendiri. Allah tak akan susahkan hambanya jika hambanya tidak mampu. Semasa hamil, antara yang perlu kita ambil kira adalah kesihatan kita sebagai ibu yang mengandung, kesihatan bayi dalam kandungan dan juga emosi abang/kakak yang masih menyusu.

Jadi, apa yang kita boleh buat jika kita tahu yang diri kita sedang mengandung dan pada masa yang sama masih menyusukan. Zah sarankan, jagalah diri, makan makanan yang sihat, jangan buat kerja-kerja berat terutama di awal kandungan. Mohon bantuan suami untuk bantu kita dalam hal rumah tangga. Zah suka berehat semasa menyusukan anak. Alhamdulillah, journey semasa menyusukan aqilah dan pada masa yang sama mengandung tidaklah sesukar mana. Yang sukar pabila cuba untuk wean off - emosi mak terganggu, emosi anak pun sama tak stabil :)

Bagaimana pula dengan sesi perahan di pejabat?

Masa Zah dulu, Zah berhenti memerah menggunakan breastpump Medela Freestyle masa kandungan mencecah 2 bulan. Zah berhenti bukan sebab susu sikit tapi sebab masa perah susu Zah pening dan rasa kejang kat perut. Tambahan pula Zah ada sejarah kelahiran pra matang, maka Zah berhenti memerah. Tapi tidak secara drastik, Zah kurang...kurang dan kurangkan sikit demi sedikit. Tapi zah masih terus menyusukan Aqilah macam biasa semasa bersama.

Pada Zah, penyusuan selepas setahun tidaklah kerana khasiat susu semata-mata. Tidak juga untuk mengenyangkan anak semata-mata. Lebih kepada 'bonding', emosi dan kasih sayang. Bila Zah mula ajar Aqilah makan, keperluan susu masa waktu siang tidak terlalu mendesak. Sebab tu walaupun Zah punya stok susu yang banyak, Zah tetap perkenalkan anak dengan makanan. Perkenal tidak bermaksud untuk mengganti. Alhamdulillah, 40 minggu mengandung, masih menyusukan anak kedua kerana penyusuan susu ibu hanya untuk menyalurkan rasa kasih antara ibu dan anak :)

Kesimpulannya, Zah sarankan kalian bersedialah dengan Ilmu, bertahan dengan Ilmu dan menghadapi segalanya dengan Ilmu. Berdoa pada Allah agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Namun seandainya kalian tidak berupaya melalui penyusuan semasa hamil, usah salahkan diri, usaha salahkan suami, usah salahkan bayi. Sesungguhnya Allah itu adil dan tidak akan menguji hambanya jika kita tidak boleh melaluinya.

Oh ye, Zah juga sarankan kalian untuk tidak membandingkan diri kalian dengan diri orang lain. Sebab antara kita dan orang lain tak sama. :) - setiap ibu punya cerita yang berbeza.

Pengalaman membuat Zah lebih bersedia :)
Mengandung Aqilah penuh emosi kerana kekurangan stok susu perahan dan terpaksa perkenalkan Akmal dengan alternatif lain. Akmal kurang makan berbanding adiknya.

Alhamdulillah, mengandung kali ketiga - Zah lebih bersedia, lebih kuat dan tabah.

Salam Kasih,

Izzah
Certified Lactation Counselor.
Ibu Anak 3 Yang Punya Cerita Penyusuan Berbeza

2 comments:

Ibu Dilah said...

Salam perkenalan.. Betul tu kak.. sy pun masa pregnant anak ke-2 aritu susu makin kurang dan sy stop mengepam.. tp anak still menyusu time kat rumah walaupun xde susu dah.. lebih kepada bonding ngan ibu sebenarnya.. lepas bersalin sy wat tandem nursing sampai anak 1st 2thn 3 bln baru wean off... sy bersyukur sgt sbb diberi nikmat menyusukan anak dalam pelbagai cara dan cabaran..

Sy follow akak ye.. jemput la singgah ke blog sy.. tq
http://ceriteraibu.blogspot.com.

zakiah said...

izah,dr blog izah kiah blajar untuk simpan stok semasa pantang..masa anak 1st,stok ada..tp tak cukup untuk supply pada dia,masa kiah pregnant semula..
untuk 3rd pregnancy ni,alhamdulilah,dipermudahkan sikit..stok still ada..and skrg dh msk 4bulan pregnant,anak 2nd kiah still lagi minum susu ibu di rumah pengasuh dia..kiah stop pump,masa 6weeks..sbb susu mmg sikit..kiah jnis,asal lekat ja,susu trus merudum..tp skrg kt rumah,myusu untuk bonding..tp kiah akui,kiah ada masalha emosi sikit bl myusu smasa mgandung..ada perangai mc mak kucing..hahaha..asal mgandung,garang dgn anak2 lain..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics