Monday, September 30, 2013

Nurul Qaireen Amani : 10 bulan sudah ye dik!



 
Alhamdulillah, walaupun bonda lambat sikit update kali ni
bonda tak lupanya yang anak ketiga bonda dah masuk 10 bulan jumaat lepas.
Syukur dengan kesihatan yang Allah berikan.
Syukur dengan banyak perkembangan yang Allah mudahkan.


 Nurul Qaireen Amani debam sangat kan?
Alhamdulillah, dia sekarang kuat makan dan minum susu.
Sudah mula makan makanan keluarga 
(makanan keluarga yang dia biasa makan hari-hari adalah seperti
sup ayam/sup ikan/sup sayur dan nasi putih)
Masa makanlah seronok suap amani makan,
takleh lambat sikit...lega bila dia tak menolak.


susu pula kalau dengan botol tu memang tak minum banyak
cukup 3-4 botol sahaja sehari 3.5 oz
walaupun dah berusia 10 bulan.
cuma kalau menyusu dengan bonda.umi.mami.ibu
dia akan menyusu dengan banyak dan kerap
kiranya kalau balik kerja bonda akan pastikan dia minum
setengah jam sebelum bonda.umi.mami.ibu buat kerja rumah

kalau masa tido,
amani memang akan tido melekat dengan bonda.
jadinya corak penyusuan sejak 5 bulan lalu masa malam
memang kerap dan digelar 'reverse cycling'
so tak hairan siang hari dia cukup dengan 3-4 botol sahaja dan makanan keluarga.
Alhamdulillah - berat dia ngan kakak n abang tak jauh mana dah..hihihi
sekampit beras 10kg ada dah dia ni



Kalau bab berdiri dan seimbangkan badan
Qaireen Amani dah lulus dengan cemerlang.
dia juga dah boleh berjalan jauh dah,
1-2 meter dah lepas jalannya
goyang-goyang sikit..adalah jatuh
tapi memang dah berjaya jalan.

Cuma bonda.umi.mami.ibu tak lepas la kalau kat luar tu
amani kat dalam rumah je jalan laju-laju
dah kuat sikit baru bonda.umi.mami.ibu lepas kat luar.



nampak tak pagar kat pintu tu.
dia boleh panjat sampai atas tau.
malah dia boleh lepas ruang tepi tu.
hihihi lasak sungguh qaireen amani ni.
gegara tengok abang dan akak diala ni
ada sifu katakan.
 
 tu muka masam
sebab bonda.umi.mami.ibu kata takmo peluk dia.
diapun dah pandai protes kalau tak dapat apa-apa
dah faham banyak benda sekarang
kalau bonda.umi.mami.ibu buat2 sedihpun dia faham dah
jadi bonda.umi.mami.ibu selalu kena buat muka comel je supaya dia selalu senyum :p


Oh ye - gigi yang tumbuh dah 7 batang secara rasmi.
kuat gigit....memang kena bertahan je la
susu laju gigit
susu perlahan gigit
main ngan ayah gigit
geram gigit...
tp ngan abang ngan kakak pernah kena gigit ngan amani ni...hihihi
sabor jelah.

nanti zah share kenapa anak bila tumbuh gigi suka mengigit ya.

 
kenangan lain masa genap 10 bulan
dia kena tinggal ngan ayah dia 3 hari 2 malam
sebab zah p kursus.
fuh gelabah sebenarnya
tp doa banyak2
alhamdulillah,
2 hari ok, hari  ke 3 je merap sikit
cari zah la tu.
ayah dia bawa p umah mak tok
lagi dia nangis..tp taklah teruk sampai takleh kawal.


 tengok gigi dia yang banyak dan besar tu.
fuh....apapun,
alhamdulillah
mudah banyak dah dengan amani ni
cukup time tido
cukup time menyusu
puas dah main jatuh gaduh semua
dia sendiri datang senyum2
ajak bonda.umi.mami.ibu masuk tido

Suka tengok gambar amani tido
tenang dan selesa je
kenyang menyusu...lenalah amani
tepuk2 sikit
bagi selimut
dengan bonda.umi.mami.ibu tido sekali

ok itu je.
lagi 2 bulan nak setahun
cepat kan masa berlalu!

* bonda.umi.mami.ibu - ada cerita sebalik nama panggilan ini..hihihi *

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics