Thursday, September 05, 2013

Nurul Aqilah Irdina : Potty tarining dah berjaya tp weaning off from BF masih belum lagi.

The Best Kak Ngah Aqilah Irdina 

Mudahnya sekarang bila berjalan g bercuti or balik kampung, beg yang dibawa dah ringan...sebabnya Cloth Diaper tak perlu bawak banyak..cukup untuk keperluan Qaireen Amani sahaja.

Alhamdulillah, sejak bulan puasa yang lepas Aqilah Irdina sudah berjaya tidak memakai cloth diaper, dah pandai minta nak pakai spender sendiri, spender nak bunga-bunga dan ada riben..hahahha bonda ajar macamana nak bezakan antara spender abang dan spender dia, so dia tahu yang ada riben dan bunga2 tu dia punya.

Nak masuk bulan ketiga ni, ada la sekali dua dia terkucil...nak marah pun takleh..sebab budak baru belajar...ala dulu kita pun mcm tu kan?

Cuma Aqilah Irdina belum lagi berhenti menyusu, tak salahkan dia juga...sebab kalau dia tak minta Zah sendiri yang offer..terutama hujung minggu bila Zah tak perah susu...huhu Alhamdulillah, susu Zah memang cukup untuk mereka berdua buat sementara ni.

Rasa seronok bila Zah berjaya berhentikan anak-anak dengan botol susu dan cloth diaper. Tak susah, dan ia juga tak mudah. :)

Kalian bagaimana? ada cerita yang mahu dikongsi?


1 comment:

Umi Nazrah said...

salam singgah. susu ibu adalah yang terbaik! ^_^

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics