Tuesday, September 17, 2013

Kisah Travel Berdua dengan Nurul Qaireen Amani.

Alhamdulillah,

Zah rasakan moment travel berdua dengan Qaireen Amani adalah sesuatu yang perlu ditulis. Satu sejarah sebenarnya bila Zah travel berdua dengan Qaireen Amani. As always, bila berdua ada cerita yang perlu dikongsi.

Zah dan Qaireen Amani telah terbang ke Sabah minggu lepas untuk menghadiri 2nd Natioanal Lactation Conference 2013. Satu perjalanan yang agak panjang dengan menaiki kapal terbang - dari Pulau Pinang, Zah bertolak jam 4.40 Petang dan hanya sampai lebih kurang jam 8.00 malam.

 Perjalanan yang panjang kerana faktor cuaca. Dalam hai Zah berdoa yang Qaireen Amani akan lena sepanjang penerbangan. Syukur Alhamdulillah, doa Zah dikabulkan...walaupun sedikit risau kerana Qaireen Amani terlena awal iaitu semasa Zah beratur nak masuk dalam kapal terbang lagi.



Syukur Zah ada Buckle Tie yang digunakan sejak zaman Aqilah Irdina lagi. Amani selesa bila bonda dukung dia dalam tu. Zah memang doa amani tak meragam sebab masa naik flight ni dia kurang sihat, selsema..batuk dan badan dia panas jap sehari sebelum hari kami terbang.

Masa ni dah masuk dalam Balai Berlepas. - Dia teruja sebab ramai orang...Alhamdulillah, takde pula amani meronta2 nak keluar dari buckle tie ni....jadinya sepanjang hampir 30 minit dlm balai berlepas dia baik-baik sahaja.

syukur, Amani sudah tidur sejak Zah beratur nak masuk. Nak buka buckle tie tu dia terjaga sat...hairan kot apesal bising2. yup amani sedikit terganggun dengan pramugara yang jual makanan dalam air asia tu. tapi lepas beberapa minit kapal terbang nak naik..dia minta susu dan lena tidur. Alhamdulillah, sebelah Zah perempuan..so nak menyusu amani tak segan sangat..zah just cover badan amani dengan buckle tie...and amani tidur sampailah kat Lapangan Terbang KK. ada dia terjaga..tp tepuk-tepu balik..bg susu dan amani sambung tido. sampai dah mendarat pun jenuh juga kejut dia..hihihi Alhamdulillah Allah mudahkan Zah terbang ke sabah.

Kami sampai kat hotel Grand Borneo, 1Borneo Kota Kinabalu lebih kurang jam 9.00 malam. Lepas chq in, Zah bawa bonda g beli makanan dan selesai urusan mengisi perut...Zah mandikan amani dengan air panas...tukar DD, baju bagai...susukan dan dia tido...lena sampai pagi...lega sangat.

Hari kedua, Zah dah mula pre conference. Zah cuba bawa amani dalam ballroom tp amani kurang bagi kerjasama...so terpaksa tinggalkan amani dengan opah dia kat hotel...amani nangis...huhuhuh tapi bonda terpaksa berkorban demi satu ilmu

Hari ketiga kursus, Opah amani terpaksa babywearing amani sehari. Alhamdulillah...dalam menangis2 tu amani menyusu macam biasa (minum fresh ebm) dan juga tido..tapi opah kena peluk dia..alhamdulillah, opah memang bantu Zah sepanjang conference berlangsung...Allah panjangkan umur opah amani....kurniakan kesihatan untuk beliau Ya aLLAH.

Tengah hari, rehat panjang sebab jumaat..Zah mandikan amani..susukan dan dia kembali lena menyusu..ikut hati memang sedih tp demi ilmu...Zah usap kepala amani..bercakap dengannya yang bonda kena belajar...Alhamdulillah, amani tidur lena semasa zah ke kelas.

Hari ketiga Amani dengan opah, amani dah semakin tenang. Berkat bonda selalu peluk...huhuhu masa ni Zah lari balik...amani dah wangi opah mandikan





Hari ni kami sempat makan kat luar dengan sepupu zah.. and as always...Amani akan berada dekat dengan bonda..

hari ketiga, usai belajar..bawa amani dan opahnya berjalan mencari cenderahati untuk dibawa balik. Amani juga dapat gelang dari mutiara..

Namun entah kenapa - sepanjang hampir 10 bulan amani dengan Zah, inilah kali pertama dia menangis hingga pagi...rindukan ayahnya, kakak dan abangnya mungkin. Zah memang habis ikhtiar. malam tu...hanya doa untuk amani..dia merengek hingga pagi...tidur diatas badan zah sahaja...

Lepas hantar opah ke airport - opah balik awal sbb dia terbang ke KL, amani merengek lagi...Allahuakbar...risau sangat...risau flight kami petang tu....

tapi lepas je masuk balai berlepas - inilah Qaireen Amani, hilang batuk, hilang panas...dia memang rindukan ayah, abang dan kakaknya.

elok lagi sejam kami nak terbang dia lena - sekali lagi zah risau...bayangkan kalau dia nangis atas flight nanti...doa lagi - positifkan minda. zah percaya, amani akan terima aura positif bila bonda positif. Zah sejukkan badan amani dengan tuala basah sebab airport kk sangat panas....alhamdulillah dia lena sehinggalah kami dalam flight.



bangun sekejap - main...asah gigi...dan ada nangis sikit...merengek..maybe sebab sakit di telinga...syukur kali ni zah dapat tukar tempat duduk dengan seorang hamba Allah lelaki, dan sebelah Zah takde sape duduk..kami lebih selesa...

Alhamdulillah, Amani lena sekali lagi sampai penang...perjalanan 2 jam 40 minit lancar...langsung tak merengek...syukur sangat...lihat bila kita salurkan aura positif pada anak..anak juga akan rasainya.s



ini Qaireen Amani bila jumpa ayah...dia punyala lepaskan rindu..semua dengan ayah...bagaimana suami Zah boleh kekalkan bonding antara anak dan ayah adalah kerana suami Zah sll berinteraksi dengan anak since mereka dalam perut, dalam pantang banyak skin to skin contact dan sampai skrg, bila amani meragam,...zah banyak pass ke ayah sahaja..hihihihi



itulah serba sedikit kisah travel berdua dengan amani. Zah pernah travel dengan aqilah dulu..tapi dengan bas, bezanya bas dan kapal terbang ni adalah keselesaan. walaupun jarak masa tak panjang mcm dalam bas tp dengan keadaan ketinggian yang boleh ganggu telinga bb memang sedikit mencabar.

kalau tanya Zah - adakah Zah akan travel dengan amani berdua lagi lepas ni..hihihi jujurnya..i need my husband...dia sangat helpfull. tanpa dia memang zah rasa tak mudah...amani ni kan anak kesayangan ayah.

insyaAllah nect flight kami adalah pada bulan 11. Tapi masa tu ada ayah, abang dan kakak amani..jadinya perjalanan sedikit lain. Malah kami gunakan penerbangan berbeza, iaitu Malaysia Airlines.

Oh ye, sepanjang travel ni, Amani 90% dengan susu ibu, 10% pula bubur kosong dari hotel dan nasi putih yang bonda makan...

Salam kasih,

izzah.
ibu anak 3 yang punya cerita berbeza.



No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics