Wednesday, September 25, 2013

Induced Lactation ( Cetusan Laktasi ) - Satu proses dua pihak.

Alhamdulillah, Penulis berkesempatan menghadiri Pre-conference : induced Lactation yang diadakan sempena 2nd National Lactation Conference 2013 yang lalu.


Apa itu Induced Lactation (Cetusan Laktasi)?

Definisi: Mencetuskan Laktasi “ Induced Lactation”.

Merangsang penghasilan susu ibu untuk ibu yang tidak melahirkan dan berhasrat untuk menyusukan anak angkat. Dalam erti kata lain pemberian susu ibu tanpa melalui saat-saat kehamilan.

Wanita yang berhasrat untuk mencetuskan susunya perlu diberikan galakan dan bimbingan seperti:

  • Ibu perlu ada pengetahuan tentang cara pengendalian cetusan susu ibu dengan tepat dan mengamalkannya sebagaimana yang disarankan.
  • Ibu juga perlu ada kesabaran dan kemahuan yang sangat tinggi bagi menghasilkan cetusan susu ibu yang berjaya dengan cara yang betul dan berkesan.
  • Galakkan sokongan daripada keluarga bagi memastikan ibu mempunyai banyak masa untuk menyusukan bayinya.
  • Ubat ubatan boleh juga digunakan untuk meningkatkan atau menggalakkan penghasilan susu. Ia akan hanya lebih berkesan jika proses stimulasi payudara dilakukan.
  • Jika usia bayi masih dalam lingkungan 1 hari sehingga 1 bulan, kebarangkalian untuk membiasakan bayi melekap ke payudara ibu tidak sangat membimbangkan. Malah kebiasaannya bayi itu akan terus melekap ke payudara ibu tanpa masaalah.
  • Jika usia bayi itu sudah lebih dari 1 bulan,ibu perlu memulakan pelekapan sekerap mungkin sehingga bayi itu boleh membiasakan dirinya tanpa paksaan.

  • Galakkan ibu menyusukan bayinya sebaik bayi berada disampingnya dan meneruskannya sekerap mungkin 24 jam selagi bayi boleh menyusu atau melekap ke payudara ibu.
  • Urut dan perah susu ibu diantara penyusuan, terutama jika bayi tidak boleh melekap dengan kerap. 

  • Sekiranya usia bayi 3 bulan keatas tetapi tidak melebihi 2 tahun, ibu mungkin menghadapi kesukaran untuk melekapkannya kepayudara, tetapi ibu boleh memberikanya secara perahan. 

     ( KJ Norhayati Mohamed - Hospital Kuala Lumpur )

    Berikut pula merupakan kesimpulan yang diperolehi hasil pemahaman penulis melalui pre conference yang dihadiri :-

    • Ibu dan bapa yang berhasrat untuk mengambil anak angkat dan menyusukan dengan susu ibu perlu tahu apakah jangkaan mereka apabila melalui proses induced lactation (cetusan laktasi). Proses ini bukanlah proses yang melibatkan ubat sahaja mahupun alatan semata-mata. Namun ia memerlukan lebih dari 100% komitmen untuk  menjayakan hasrat tersebut. 
     
    • Ibu dan bapa yang berhasrat untuk meneruskan proses induced lactation (cetusan laktasi) perlu memahami bagaimana susu ibu terhasil. Jika mengandung, payudara ibu akan bersedia untuk menghasilkan susu hasil daripada hormon-hormon seperti estrogen, progesterone, prolactin dan hormon-hormon lain yang meningkat dalam tubuh ibu. Tetapi tanpa melalui kehamilan terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan susu ataupun "nipple stimulation."

    • Kaedah-kaedah yang digunakan untuk "nipple stimulation" pula adalah satu kaedah yang meransang pengeluaran susu dan perlukan konsultasi khas bagi memastikan ibu tersebut berjaya. Nampak sedikit renyah, namun..dengan sedikit usaha. Ramai ibubapa angkat berjaya untuk menyusukan anak angkat mereka.

    • Oleh yang demikian, adalah disarankan untuk ibubapa angkat menghadiri sesi kaunseling terlebih dahulu dengan pakar laktasi mahupun kaunselor laktasi yang bertauliah. Hal ini kerana, proses induced lactation (cetusan laktasi) bukanlah sekadar proses. Ia perlukan garis panduan yang betul agar ibubapa angkat berjaya.
     
    •  Sedikit ringkasan mengenai proses induced lactation (cetusan laktasi) : "nipple stimulation" (hisapan bayi, bantuan suami, perahan tangan, penggunaan pump payudara, herba, ubatan, alatan seperti SNS, kemahiran yang betul.
     
    • Penulis menerangkan dari awal yang proses induced lactation (cetusan laktasi) adalah ibu dan bapa. Tidak ibu sahaja kerana, ia merupakan tanggungjawap ibu dan bapa. Ibu akan jadi kuat apabila bapa juga berusaha untuk membantu ibu yang mahu menyusukan anak angkat mereka.
     
    • Jika perancangan mengambil anak angkat boleh dibuat lebih awal, adalah sebaiknya proses induced lactation (cetusan laktasi) ini dimulakan sebelum bayi lahir lagi bagi memastikan proses ini berjalan lancar.
     
    • Hubungi hospital berdekatan untuk berbincang dengan Doktor Laktasi/  pakar laktasi mahupun kaunselor laktasi yang bertauliah anda. InsyaAllah ibubapa yang berusaha untuk menjayakan proses ini akan dimudahkan oleh Allah kerana niat yang sangat baik. 
     
     


Salam Laktasi,
Noorharizah Azfar
Certified Lactation Counselor

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics