Thursday, September 05, 2013

Belajar Tak Berhenti Disitu

Bagaimana Zah bermula?

Tahun 2009

Kenangan Memerah Di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong - masa ni Zah rupanya sedang hamil anak kedua :)


Zah dulu adalah seorang ibu yang mahu menyusukan anak dengan susu ibu, semasa kandungan masuk 7 bulan...zah bersembang dengan seorang bapa yang isterinya menyusukan anak mereka. Mendengar keterujaan bapa bercerita mengenai anak mereka yang kuat, sihat dan bijak dengan susu ibu buat Zah lebih kuat untuk menyusukan anak dengan susu sendiri.

Tapi, Zah anggap..penyusuan susu ibu ini mudah...zah lupa kita ada halangan jika tidak berusaha...akhirnya Zah hanya berjaya menjadi seorang Esklusif Pumping Mom's...bukan sedikit usaha untuk menyusukan anak pertama, tapi semua itu menjadikan Zah lebih tabah dan kuat.

Tahun 2010

Alhamdulillah, pada Mac 2010 - Zah ditawarkan untuk menghadiri kursus sebagai Peer Counselor dibawah asuhan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC), zah banyak belajar disini..banyak belajar dan membina networking dengan teman-teman seangkatan yang kuat. Untuk mereka yang belum menghadiri kursus ini...Zah sarankan anda hadirinya. InsyaAllah anda akan belajar banyak dari mereka-mereka yang hebat.



Entry MBFPC 2010 - 

Tahun 2011



Selepas hadiri kursus MBFPC Zah sekali lagi berpeluang menimba ilmu di Susu Ibu National Lactation Conference di Pullman, Putrajaya.
Mendengar ceramah dari Dr. Jack Newman - seorang lelaki mengenai penyusuan susu ibu membuatkan Zah lebih kental...terutama isu Jaundice...
teruskan penyusuan susu ibu...insyaAllah susu ibu tidak akan memberi risiko kepada bayi..jaundice hanya warna.

Malah Zah juga boleh berada dekat dengan Mdm Diana West dan juga Mdm. Sue Cox..ilmu yang mereka kongsikan memang sangat bernilai.

entry penuh disini :-

Tahun 2012



Alhamdulillah, sekali lagi Allah izinkan Zah untuk menambahkan ilmu dalam penyusuan.

menghadiri kursus 40 jam dengan perut sarat tidaklah sesukar mana :)

entry penuh disini :-


Tahun 2013


Alhamdulillah, dengan izinNya...insyaAllah Zah akan terbang ke Sabah minggu hadapan...seminggu lagi dari tarikh hari ini.. Zah akan menghadiri 2nd National Lactation Conference pada 12-15 September 2013 bertempat di 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

Alhamdulillah, perjalanan menuntut ilmu kali ini jua atas tiket jabatan yang ditaja sepenuhnya. Rezeki Zah bila permohonan ini diluluskan oleh YBhg. Dato'...semoga perjalanan zah untuk belajar dipermudahkan nanti. Doakan ya agar semuanya dipermudahkan!

InsyaAllah Zah akan terbang dengan Qaireen Amani juga...harapnya budak kecil ni baik-baik sahaja dan tidak meragam :p


Iklan Sekejap Ya

InsyaAllah, Zah akan jadi speaker untuk topik 
"Saya Tiada Susu! Fakta atau Auta?'
pada program 3B (Birth, Breastfeeding and Babywearing)
Pada 28 September 2013 (Sabtu) 
Bertempat di Hotel Sri Pauh, Taman Pauh Jaya

jom hadir workshop tersebut..insyaAllah Zah akan kongsikan pelbagai cerita dan fakta terkini mengenai susu ibu.

Maklumat lanjut adalah seperti di gambar.



Salam Kasih,

Izzah
Certified Lactation Counselor
Ibu 3 Anak yang punya cerita berbeza

1 comment:

Umi Nazrah said...

salam singgah. susu ibu adalah terbaik!

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics