Tuesday, September 24, 2013

2nd National Lactation Conference : Apa yang dipelajari di sana?

 
 
Alhamdulillah, banyak benda yang Zah belajar sebenarnya semasa menghadiri 2nd National Lactation Conference pada 12-15 September 2013 yang lalu. 
Conference diadakan di 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

Sebenarnya 2nd National Lactation Conference banyak dihadiri oleh Pegawai Perubatan, Pegawai Zat Makanan dan juga Jururawat yang bertugas dan berada dekat dengan ibu-ibu di hospital. Selain itu, ada juga Kaunselor Laktasi yang hadir. Namun demikian, penyertaan tidaklah begitu ramai. Zah sangat bersyukur sebab Allah mudahkan laluan Zah menghadiri 2nd National Lactation Conference ini...Conference yang hebat penuh ilmu dan terma perubatan zah dapat pelajari.

So, apa yang Zah belajar?

Zah mulakan dengan Pre-conference pada 12 September 2013.
Pre-conference ini Zah belajar dan menerima input bagaimana Induce Lactation / Cetusan Laktasi dibuat..Alhamdulillah, banyak benda sebenarnya..tp Zah akan buat special entry mengenai Induce Lactation/Cetusan Laktasi.




Selesai pre- conference..
Hari kedua dimulakan dengan  Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Kebangsaan sempena 2nd National Lactation Conference. Dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia Sendiri iaitu YB. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Macam biasa sebelum perasmian akan ada ucapan daripada beberapa orang penting program. Antaranya adalah dari Datuk Dr Mohammed Anwar Fazal Mohammed - ucapan yang pendek tapi dekat di hati. dengan bangganya menyatakan bahawa dia menjadi 'orang' yang berjaya hari ini kerana dia juga anak yang disusukan oleh ibunya. Ucapan yang simple tapi dekat dihati.


Menteri Kesihatan Malaysia Sendiri iaitu YB. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. masa Zah post gambar di instagram ada teman yang komen ucapan dari beliau tak best...hahhaha jujur tidaklah teruk mana cuma sedikit kelakar bila ada beberapa sebutan yang tidak betul. Tapi bila kerap disebut,Zah tak pasti salah sebut or text menteri silap buat. Penyusuan di sebut penyusun. Btw, semoga Menteri Kesihatan Malaysia yang baru ini boleh menjadi pro aktif dan penyokong tegar penyusuan susu ibu di Malaysia.

2nd National Lactation Conference kali ini turut melancarkan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunnia 2013 Peringkat Kebangsaan yang bertemakan Sokongan Penyusuan Susu Ibu: Dampingi Ibu. Antara speaker yang adalah dari pihak WABA, MMPS ( http://pgmmps.wordpress.com/) juga tidak ketinggalan daripada Puan Kamariah Alwi - iaitu pengasas susuibu.com juga administrator kepada MBFPC (Malaysian Breastfeeding Peer Counselor).

Hari Kedua : 13 September 2013 - Jumaat

Deligasi conference diperkenalkan dengan kepentingan sokongan di dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Ibu-ibu yang bersalin di hospital, selalunya akan ada follow up dari klinik kesihatan berdekatan. Namun, sokongan daripada jururawat terlatih dengan penyusuan susu ibu sangat perlu. Selain itu, dengan adanya kumpulan sokongan seperti MMPS dan MBFPC (kalau di penang ada juga Kumpulan Pembimbing Ibu Menyusu Utara) - ibu-ibu yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan bantuan.

Booth MBFPC di kunjungi oleh Menteri Kesihatan Malaysia

Puan Kamariah sempat menerangkan mengenai MBFPC kepada YB Dato' Seri.

Walaupun singkat, harapnya YB Dato Seri tahu betapa pentingnya kumpulan sokongan ini

TQ YB Dato Seri atas lawatan.


 Hari Ketiga : 14 September 2013

Bersama dengan orang KUAT Malaysian Breastfeeding Peer Counselor - Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi, Lactation Consultant, IBCLC, Director of Susuibu.com juga Dr. Faridah Idris, Pensyarah di UPM, Penulis Buku ' Membesar Anak Hebat dengan Susu Ibu juga Peer Administator di MBFPC'


Berikut Merupakan topic yang sempat dikupas pada hari ketiga semasa 2nd National Lactation Conference berlangsung :-

  1. Breastfeeding and Maternal Health
  2. Breast problem and breastfeeding : How far does it affect the success
  3. Breastfeeding and Impact on maternal metabolic syndrome
  4. Breastfeeding : effective contraception and other postpatrum issues
  5. Breastfeeding and Child Health
  6. Human milk Fortification : How necessary is it?
  7. Human milk for premature infant
  8. Promoting breastfeeding in NICU
  9. Estrogen-free Pill as a contraceptive choice
  10. Feasibility of Mothers Kangaroo Care
  11. Implication of Revised WHO Child Growth Standards on Exclusice Breastfeeding
  12. Lactation Practice : Myths and Facts.

Fuh, banyak yang perlu ditulis...tapi dari banyak-banyak fakta yang Zah terima sepanjang conference adalah : 

Penyusuan Susu Ibu mampu menyelamatkan banyak nyawa.


Exclusive Breastfeeding Mother punya tidur 40 minit lebih lama dari ibu yang mixed feeding
(Dr. Roslan HOD & Senior ONG Hospital Selayang and HOD National Lactation Centre)

Untuk Ibu baru yang sering mengadu tidak cukup tidur berkemungkinan besar menghadapi pospatrum depression
(Dr. Roslan HOD & Senior ONG Hospital Selayang and HOD National Lactation Centre)

Penyusuan susu ibu boleh kurangkan risiko ibu yang ada GDM sehingga 86% risiko penyakit.
(Dr. Roslan HOD & Senior ONG Hospital Selayang and HOD National Lactation Centre)


Penyusuan Susu Ibu juga mengurangkan 56% risiko metabolic syndrom
(Dr. Roslan HOD & Senior ONG Hospital Selayang and HOD National Lactation Centre)


2 Large Meta-analyses  of breastfeeding and breast cancer menyatakan bahawa ibu yang menyusukan anak sekurang2nya 12 bulan akan dapat kurangkan 4% - 28% risiko kanser payudara dan kanser ovari. Bayangkan anda ada 5 anak dan menyusukan mereka sekurang2nya 2 tahun...berapa banyak usaha kita untuk mengurangkan risiko kanser ini?

(Dr. Soon Ruey, HOD And Senior Consultant ONG Likas Woman and Children's Sabah)


Akan update lagi - ambil masa sehari menulis entry ni...hihihi

Salam kasih,
Noorharizah Azfar
Kaunselor Laktasi

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics