Saturday, August 31, 2013

The Big Latch On By Northern Region Mom's 2013


Alhamdulillah, sekali lagi tahun ni Zah dan beberapa teman yakni barisan Urus Setia dari Kumpulan Pembimbing Ibu Menyusu Utara Malaysia telah berjaya menganjurkan Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2013 yang bertemakan 'Close To Mother' .

Program ini telah diadakan di Hotel Seri Pauh pada 3 Ogos 2013 dari jam 9 Pagi - 12 tengah hari yang dihadiri oleh lebih dari 40 orang ibu, suami, anak-anak, mertua mahupun ahli keluarga. Penyusuan susu ibu lebih dekat dihati apabila disertai oleh semua golongan.

Pendaftaran program bermula seawal jam 8.00 pagi lagi. Walaupun program ini dibuat awal, tetapi sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
  

Talk 1 - Working & Breastfeeding, How to make it works? 

Aturcara dimulakan dengan 'Breastfeeding Talk' dari Dr. Shima Jamal - Perkongsian beliau lebih kepada Bagaimana Menjayakan Penyusuan Susu Ibu bagi ibu yang bekerja. Beliau Merupakan seorang Doktor di Hospital Pulau Pinang. Berjaya menyusukan anak kedua dan sedang dalam Cuti Menjaga Anak selepas Cuti Bersalin.
Perkongsian beliau banyak membuka mata para ibu bahawa bekerja bukanlah satu alasan untuk tidak menyusukan permata hati. Waima apa jua kerjapun, jika ibu mahu semuanya boleh diusahakan.

Talk 2 - Breast Infection, should i give up breastfeeding? 
Kemudian, acara diteruskan dengan perkongsian daripada Puan Iena - daripada seorang yang mahu berhenti menyusukan anak kesan daripada Breast Infection, selepas berjumpa dengan Konsultan Laktasi. Niat beliau berubah dimana beliau diajar untuk menguruskan penyusuan susu ibu dengan lebih baik.

Cerita daripada beliau yang terpaksa berulang alik dari hospital untuk mengubati jangkitan dipayudara sangatlah menyayat hati pendengar. Namun usaha beliau perlu dipuji dimana sehingga kini beliau masih berjaya memberikan anak dengan susu beliau sendiri.

Obses dengan breastpump semasa dalam pantang perlu diteliti.
Lebihkan penyusuan dengan bayi sangat perlu untuk mengelakkan daripada kesan tidak elok.

Tips for easy labor & birth 
Peserta program juga berpeluang mendengar beberapa tips untuk memudahkan kelahiran. Antara isi
kandungan penerangan daripada Puan Adibah adalah proses kelahiran hanya ibu sahaja akan ingatinya
sehingga mati. Bukan orang lain. Oleh itu, tahu hak anda sebagai ibu,
pelajari tips untuk memudahkan proses kelahiran dan
hadiri kelas untuk mempelajari cara yang betul
agar proses kelahiran lebih manis dan indah.

Tips for breastfeeding in sling & baby carrier 

Sementara menanti waktu 10.15 pagi untuk acara penyusuan serentak,
Puan Norashida Abd Rahman seorang Babywearing Educator serta Konsultan Laktasi
turut berkongsikan beberapa tips menggunakan kain penggendong
Antaranya seperti wrap, mei tai, SSC serta Ring Sling

Take a seat, getting ready, calm your baby for the The Big Latch On

Peserta yakni ibu yang mahu bersama-sama menyusukan anak secara serentak mula mengambil tempat.

The Big Latch On, simultaneously breastfeeding for 1 minute (minimum) 

Acara kemuncak adalah penyusuan secara serentak sekurang-kurangnya 1 minit.
Terdapat 31 ibu yang turut serta,
17 Ibu yang telah berjaya menyusukan bayi mereka pada masa tersebut.
Untuk rekod, acara ini diadakan serentak dibeberapa buah negara
Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman sesawang berikut : http://www.biglatchon.org/

The Big Latch On 2013 with Nurul Qaireen Amani - 8 Months

The Big Latch On 2013 with Nurul Qaireen Amani - 8 Months

Selain itu, bagi memeriahkan program ini.
Urus setia telah menyediakan  Lucky draw  untuk para hadirin.
Terdapat 50 hadiah disediakan dan semua hadir memperlehi hadiah tersebut
Hadiah telah ditaja oleh beberapa 'booth' yang dibuka semasa program berlangsung. 


Sebelum acara berakhir, para ibu yang layak telah menerima sekeping sijil sebagai menghargai penat jerih mereka sepanjang penyusuan susu ibu berlangsung. "Anugerah Pencapaian Penyusuan Ibu" adalah suatu inisiatif untuk ibu-ibu lebih berusaha menyusukan anak mereka.

Terdapat tiga kategori untuk  "Anugerah Pencapaian Penyusuan Ibu" iaitu :-

  • ANUGERAH EMAS : KELAHIRAN SEBELUM OGOS 2011 (penyempurnaan susu ibu)
  • ANUGERAH PERAK : KELAHIRAN SELEPAS OGOS 2011 – FEBRUARI 2013 (penyempurnaan susu ibu)
  • ANUGERAH GANGSA : KELAHIRAN SELEPAS JANUARI 2013 ( penyusuan ekslusif)

Anugerah Emas : Penyusuan Susu Ibu 2 tahun bersama Nurul Aqilah Irdina


Kesimpulannya, program yang diatur berjaya menepati sasaran dan menarik ramai ibu untuk turut serta.
Program seperti ini akan dapat mendekatkan para ibu dengan Pembimbing Ibu Menyusu (Peer Counselor) dan seterus mendapat sokongan dan galakan untuk berjaya.

Kredit Gambar kepada
 ~ PHOTOGRAPHER ~

Newborn | Babies | Maternity | Family Portrait
AQiQah & Cukur Jambul Event | Birthday Event 
PENANG | K.LUMPUR | Tel: 012-4707224 | Email : ameliashafer@yahoo.com 


1 comment:

syamim mizwar said...

Bestnya klau ada event cm ni di sabah

Saya join je dri ruma big latch on ni

Huhu

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics