Thursday, August 15, 2013

Tandem Nursing : Tips Menjayakan Penyusuan Berganda


Hari ini genap 260 hari menyusukan dua anakanda tercinta. Perjalanan yang tidak mudah tetapi dilalui dengan tabah. Walaupun niat mahu wean off anak kedua sudah ada sejak Qaireen Amani lahir, tapi ia tetap masih berjalan kerana  masih adanya permintaan dari si kakak kedua Aqilah Irdina



Penyusuan susu ibu untuk anak kecil lebih kepada nutrisi dan keperluan. tetapi penyusuan susu ibu untuk anak berusia lebih dua tahun lebih kepada emosi. Emosi bila ada adik, emosi bila perlu berkongsi, emosi bila selalunya dia yang jadi tumpuan.



Sebenarnya, Zah sudah mula berhentikan sedikit demi sedikit PSI dengan Aqilah, tapi anak manja ini pandai memuji, pandai meminta, pandai mengambil hati. Sebagaimana didikan bondanya sebegitu juga Aqilah belajar.


Jujur, Zah akan rindui moment ini. Moment yang tak akan dilupakan bila mereka dewasa kelak. Seronok bila adik dan kakak, dua-dua mahukan bondanya.

Bagaimana Zah jayakan Penyusuan Berganda?

Niat dari awal.

Sedikit ilmu dan perkongsian dengan ibu lain.

Sokongan dari suami

Tekad

Tabah

Doa banyak-banyak.

Menangislah pada Allah kerana DIA maha Mendengar.


Salam Kasih,
izzah.
Ibu kepada tiga anak yang berbeza cerita penyusuannya.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics