Monday, August 05, 2013

Ramadhan 1434H yang berakhir dan aidilfitri 1434H

Dah 27 Ramadhan 1434H hari ni....cepatnya masa berlalu, masih teringat kenangan merengek nak berbuka puasa dengan husband..hahahha mcam budak kecil....alhamdulillah, dugaan sakit masa puasa, tp zah masih berupaya untuk puasa dan juga menyediakan susu untuk anak-anak.

Alhamdulillah, tahun ni zah dapat beraya dengan anak-anak dan suami. InsyaAllah, jika ada rezeki Zah akan beraya dengan mertua dan juga bonda di kampung. Being seorang anak sulung, perempuan pula..hati tu meronta-ronta nak balik...insyaAllah, Allah kabulkan doa Zah - ibu kata nak balik kampung di Parit, Perak...dapatlah Zah merasa beraya dengan ibu.

Tahun ni, sempat juga bantu adik ipar buat kuih raya. Bantu je sebab ada tiga askar yang boleh tahan lasak...hahaha terutama si kecil amani, orang sibuk,dia pun sibuk. - Tahun ni juga takde kuih tunjuk yang melampau, alhamdulillah rezeki banyak terima kuih yang disedekah kat pejabat ni :).

Persiapan? Semua dah selesai. Anak-anaklah yang utama, Akmal dengan baju melayu, songkok serta beberapa helai baju jalan. Aqilah pula dengan peplum, baju kurung kedah juga tak lupa kasut tingginya :) - amani juga dengan peplum dan kurung kedahnya...huhuhu anak-anak dara memang bergaya sungguh tahun ni.

Zah juga sediakan sepasang baju melayu untuk suami - baju tahun-tahun lepas agak sukar nak dipakai..walaupun masih baru...hihihihi so sedondonlah kami sekeluarga tahun ni...

takde idea nak update :)


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics