Monday, August 19, 2013

Penyusuan Susu Ibu : Susah senang yang dilalui


Masa zaman Aqilah Irdina dulu, susu Zah sangat meriah..kebetulan, Susu perahan zah juga digunakan semula oleh abangnya yang sulung dan Zah juga bangun tengah malam untuk memerah susu. Tapi dengan Amani, paling banyakpun 10 oz sahaja, awal-awal tu macam tersaiko juga..cukup ke tak.....cukup ke tak susu zah ni.....
Susu perahan masa minggu raya...sibuk beraya, makan sedap, terus jadi milk boster...
Tapi Allah tu adil, susu Zah memang cukup. Malah ada lebihan sebab Zah boleh buat stok. Alhamdulillah, lagi 7 hari nak masuk 9 bulan penyusuan kali ketiga ini. Susu Zah cukup untuk dua anak yang banyak menyusu secara terus. Susu perahan memang sekadar digunakan untuk mengganti masa Zah tiada bersama mereka.

Dengan Amani - Zah memang banyak direct feeding je..Amani masa kat rumah pengasuh demand dia tak tinggi. Alhamdulillah juga, walaupun tidur Zah tak lena tp Zah tau, semua ni tak lama...bersabar dan bertabahlah sekurang-kurangnya 2 tahun usia Amani.

Paling banyak rezeki semasa bulan Ramadhan 1434H lepas, zah memang banyak direct feed sebab cuti seminggu masa awal ramadhan tu, amani memang kejenya menyusu je..Aqilah pula dah pandai minta..pujuk bonda nak susu...

Apa yang zah nak kongsikan adalah, makin tinggi demand makin banyak susu terhasil. 


Kat office sekarang kadangkala sangat sibuk, kekadang Zah memang akui terpaksa skip waktu perahan, bulan puasa lepas...zah tau badan zah tak kuat sangat untuk perah 4-5 kali, zah hanya perah 3 kali sahaja. syukur Amani mahu minum susu perahan yang disimpan, jadi takdelah terasa sangat if susu yang diperah tu berkurang or tak dapat banyak.

Kalian,

Terus kuat ya. Apapun pilihan, cubalah usahakan yang terbaik. InsyaAllah besar ganjarannya di sana kelak...Zah ni, kalau ikut bukan mudah sangat perjalanan penyusuan. Tambah bila anak ketiga ni zah juga masih tandem nursing, tp semua tu bukanlah halangan...

Cuma zah rasa sangat syukur bila ada yang baca blog ni PM dan bila jumpa ucap terima kasih sebab Zah mampu bagi mereka inspirasi. Apapun, niat zah hanya berkongsi semangat. Penyusuan susu ibu bukanlah semata-mata untuk memenuhi nutrisi anak kecil, tetapi memenuhi ikatan antara ibu dan anak yang sangat 'indah'.

Salam Kasih,
Izzah
Ibu tiga anak yang punya cerita tersendiri 
mengenai penyusuan susu ibu

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics