Monday, August 26, 2013

Nurul Qaireen Amani : 9 Bulan dah ye awak.....

Sedar tak sedar Nurul Qaireen Amani dah masuk 9 bulan esok.
Rsaanya cepat betul dia ni besar.
tak puas lagi bonda geram-geram dengan dia ni.

Qaireen Amani masa masuk je 8 bulan ritu berdesup gigi dia tumbuh,
memula satu atas, satu bawah..pastu tumbuh lagi satu atas satu bawah
maka genap 9 bulan secara rasmi amani ada 4 batang gigi.

Bila dah ada gigi amani dah jadi sangat kuat menggigit
memang amani ni lain benor ngan kakak dan abang dia
kalau leka sikit tetiba perut, peha kaki bonda ngan ayah jadi mangsa gigitan cinta amani.

tapi paling tak tahan bila amani menyusu la...hahahah
sakit sangat...kekadang kita dah lalok sama
tetiba dia gigit
memang bonda menjerit la.
ayah kata tengok gigi amani je dia dah takut.

Qaireen Amani masih selesa dikendong bonda guna ring sling lenny lamb ni
memang terasa sangat kendong dia sekarang
kalau takde bantuan alat
sama ada buckle tie or ring sling zah
memang jenuh juga nak dukung dia
Zah ada stroller tapi sangat jarang guna sebab malas nak berangkut bagai
pakai ring sling ni senang, masuk hand beg pun muat :)
Gigi spongebob yang besar dompok!
hahahahah comel...sejak ada gigi ni
bila kita acah senyum je amani.
dulu nak senyum payah tau


teringat gambar ni,
masa ni...hari dia tantrum nak bonda takmo lepas
dia nak bonda baring dan bila dia nak susu dia boleh minum bila masa dia nak
kiranya macam kita ni stesyen minyakla
dari zah masak sampai siap makan dia punya meraung
tapi sebab bonda dan ayah dah mangli
dah kebal suara amani
kami berdua relaks je..hahahha


amani, dia baring kat atas badan bonda pastu buat muka comel macam ni
sape tak cairkan?
penat macamanapun memang puas hati bila anak-anak depan mata.

Alhamdulillah, raya kedua hari tu
Qaireen Amani dah mula tunjuk gaya nak melangkah
tapi takdelah stabil lagi,
dua tiga empat langkah jatuh
cuma kalau berdiri amani memang dah kuat

Sekarang bukan takat nak cuba melangkah
amani juga dah mula pandai melambai dan tepuk tangan
maknanya motor skill amani dah bertambah tau..heheheh
bila kaki dah stabil, dia mulalah memanjat
port paling dia suka iron board bonda
nape ntah...hahahha

ada satu hari ayah biar dia panjat tangga
ayah kata usaha tangga kejayaan
memang kuat sungguh kaki amani ni
adalah dalam 4-5 minit lagi dia atas tangga tu
bonda, ayah, akak dan abang dia buat sorakan kat belakang.

Sekarang nak tidokan dia waktu siang or malam pun senang dah.
kiranya cukup time je
bonda dah tau timing dia
Alhamdulillah, memang mudah dah dengan Amani ni
dia ni jenis nak bonda depan mata
jadi sambil lipat kain, or buat kerja
zah akan pastikan amani ada bersama
kalau malam, masuk bilik awal.
pasang aircond...sembang dengan abang, kakak dan amani sat..
pastu dah puas golek-golek, Amani datang menyusu dan lena sampai pagi
la ni..dia memang kuat menyusu
maklumlah masa malam je ngan bonda
so bonda punya badan dah imun bila tak cukup tido.
yang penting tido sejam dua berkualiti dah cukup :p

Alhamdulillah - start dari 6 bulan ritu, amani memang makan bonda masak
zah bg amani makan sebab zah nak dia diperkenalkan dengan makanan
tambahan pula waktu siang dia tak menyusu sangat so dia tak menyusu kita suap makanan yang sedap dimakan.

sebenarnya hujung minggupun amani jarang makan
memang banyak menyusu
tapi kalau dia makan, comfirm susu asyiklah bocor.
malas nak perah so zah suruh amani menyusu..hahhaha

amani dah lepas 4 hari rule untuk sayur2 tu, start amani cukup 8 bulan zah intro ikan
dia memang suka ikan macam mak dia juga
maybe next week ayam pula.

La ni mulut dia dah riuh,
Alhamdulillah - amani 1st word yang jelas dan terang adalah 'MAMA'
mama tengah kalut ngan abang dan kakak yang sedang fighting
tetiba dengan suara mulus panggil kita
'MAMA"
mengalir air mata masa tu...

Amani juga dah pandai buat bunyi-bunyi
Budak cepat belajar amani
tambah bila tengok kakak dan abang main
dia pun sibuk nak main sama.

Alhamdulillah - susu Zah masih banyak macam dalam pantang kekdahnya
walaupun zah sekarang memang dah kurangkan waktu memerah sama ada di rumah or dipejabat
stok susu memang banyak sekarang ni.
Rezeki anak-anak.
Amani sangat suka bila direct feed
jadi bila hujung minggu or hari cuti
kejenya ngempeng je..
tapi takpe bonda suka!



Dan sekarang hobi baru amani adalah gigit kaki
yup, sangat obses dengan kaki dia
tanda nak adik?

tahun depan ya sayang..hihihi
adik made at vietnam pula..hahahahha
Alhamdulillah - sehari ke sehari
Qaireen Amani semakin sihat, bijak dan banyak keletahnya
dari budak yang buat bonda macam lipas kudung
dan ajar bonda erti sabar banyak-banyak.

Amani anak kesayangan ayah
mau tak sayanga
nampak ayah je laju je dia merangkak kejar ayah
anak dara memang macam tu kot.
tiru gaya kakak Aqilah Irdina dia.

Minggu depan timbang
bonda bajet dah 10kg ++ dia ni.

3 comments:

syamim mizwar said...

Comelnyerrrr
Geramm
Rasa mcm.maw ggit pp amani

syamim mizwar said...

Comelnyerrrr
Geramm
Rasa mcm.maw ggit pp amani

syamim mizwar said...

Comelnyerrrr
Geramm
Rasa mcm.maw ggit pp amani

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics