Friday, August 23, 2013

Jaundice (Hyperbilirubinemia) : Antara halangan awal untuk berjaya Penyusuan Susu Ibu secara esklusif

Qaireen Amani - level jaundice sekata sehingga terpaksa ambil
darah dan air kencing masa umur 15 hari
kisahnya zah tulis di entry ini -  
 http://izzahazfar.blogspot.com/2012/12/day-15-kisah-ke-hospital-bukit-mertajam.html 



Baby sebenarnya akan develop kulit dan mata yang kuning semasa beberapa hari selepas lahir. Jaundice yang sedikit adalah normal dan baik. Kerana bilirubin terhasil berpunca daripada antioxidant yang biasa kepada mamalia. Namun demikian, kadar bilirubin yang tinggi akan menyebabkan satu keadaan yang diberi nama 'Hyperbilirubinemia'. Keadaan ini akan menyebabkan baby mengantuk dan suka tidur serta kurang berminat untuk bangun minum susu yang boleh menyebabkan kesihatan baby menurun ( sumber: The Womanly Art Of Breastfeeding, Page 395)

Bagi Zah dan suami, sudah tiga anak kami punya pengalaman Jaundice yang berbeza. Kerana Jaundice juga buat Zah tekad menyusukan anak-anak dengan susu ibu. Alhamdulillah, suami juga jenis yang kuat dan percaya bahawa Allah ciptakan susu ibu memang untuk anak-anaknya. Jadi kami berdua gigih berusaha pastikan anak-anak dapat susu ibu sahaja untuk memastikan level jaundice turun.

Anak sulung - suami dan ibu yang bawa anak ke klinik. Teringat lagi kata-kata suami yang minta Zah sabar untuk memerah susu. Menangis masa breast bengkak dan sakit amat adalah sesuatu yang pernah Zah lalui. Tapi suami kata, sabar..sabar...dan sabar. Alhamdulillah dalam dua minggu Akmal dah bebas dari jaundice. Kadar bilirubin juga sudah stabil.

Berbanding Aqilah, Zah sudah tahu teknik penyusuan yang betul. Makanya Zah hanya keep on breastfeed Aqilah - tapi keep on breastfeed pun Aqilah masih tinggi bilirubin nya..masih perlu periksa hari-hari darahnya. Sedihkan!

Tapi kami berdua percaya - susu ibu still the best. Walaupun banyak petua yang diberikan dari anggur hitamnya, sengkuang cinanya...sehinggalah ke susu kambing. Kami berdua just angguk dan tak buat apa-apa. So apa Zah buat adalah, selain memastikan Aqilah menyusu sekurang-kurangnya sejam sekali, Zah juga akan perah susu dan bagi guna picagari. Kebetulan masa tu Zah sibuk dengan peperiksaan akhir. Alhamdulillah, it's work. jaundice still benda biasa kepada baby, keep on bf je ubatnya. Even ada satu masa zah perlu bawa Amani untuk warded letak bawah lampu, kami minta masa kepada nurse. Laki bini gigih pastikan aqilah menyusu dan tidoq lena. Akhirnya selepas sebulan kadar jaundice Aqilah dah ok. - ubat dan ikhtiar? Hanya susu ibu.

Jadi bila Qaireen Amani lahir - kami berdua dah well prepared, suami dah kata, alah benda biasa je ni..still continue bawa anak untuk periksa kadar bilirubin - tp Qaireen Amani ni jenis sekata je, tak turun tak naik bilirubinnya. Ada petua yang minta kami ambil ubat hemopathy pula. Tapi kami suami isteri fikir, apa gunanya? takkan bayi yang baru beberapa hari dah nak diberi ubat, perut pun kecil...malah kami fikir bahawa jika tiada apa-apa komplikasi takpe...if ada macamana? Malah kami diminta untuk memberikan susu formula kepada anak. Ye, ia mungkin membantu menurunkan kadar jaundice baby tp bagaimana jika ia memberi kesan buruk kepada bayi pada jangka masa panjang. Sebabnya bayi masa awal-awal saiz perut bukan besar mana. Kesianlah kat baby kita tu.....

So, end up - ambil darah, ambil air kencing ( zah ada mimpi buruk dengan cara ini - zah dimaklumkan baby akan kencing sendiri so takde paksaan rupanya Qaireen Amani dicucuk pundi kencingnya- rasa bersalah sangat masa tu..patut Qaireen Menangis tak hingat masa dalam bilik pemeriksaan) -  alhamdulillah, Zah dan Amani teruskan juga bonding penyusuan even ada macam-macam halangan awal.

Zah faham kenapa ada yang memilih alternatif lain. Tapi suka Zah cadangkan, tenang-tenang sahaja, masalah persekitaran (mertua,mak,adik beradik, jiran) yang mencadangkan alternatif lain hanya ambil sebagai ilmu tambahan. Sebaiknya, kita dan suami kena tekad dan faham yang bayi 6 bulan pertama perlu susu ibu semata-mata. Susu ibu dah cukup. Tiada makanan lain untuk mereka. Macam Zah kata - ANDA DAN SUAMI. 

Jika sekarang anda ada BIRTH PLAN - buat sama BREASTFEEDING PLAN yang anda pelru kongsi bersama dengan SUAMI. jadi bila ada gangguan luar untuk menghalang penyusuan susu ibu anda, ada yang tukang 'back-up' dan anda tidak berseorang.

Ok, hope artikel membantu. InsyaAllah, penyusuan 6 bulan pertama mudah jika anda bersedia. Minta bantuan MBFPC yang terlatih (klik link) untuk sokong dan bantu anda ya! Hadiri kelas, SGM mahupun perjumpaan berdekatan anda untuk memastikan anda tahu dan faham mengenai konsep penyusuan susu ibu.

Budak kuat menyusu - dah nak masuk 9 bulan dah pun..alhamdulillah!

Salam Kasih,
Izzah
Certified Lactation Counselor


2 comments:

al-insyirah said...

salam,
kak zah.. mohon share ya.. =)

ily♥ said...

setuju...anak saya both g6pd deficient yg mana sel darah merah mereka senang pecah dan boleh menyebabkan bacaan jaundice naik dgn mendadak. both of them kene tahan wad at least 5 days lepas lahir to monitor the jaundice. ank pertama, cukup 5 hari dah boleh discharge. anak kedua, 7 hari warded. hr keempat baru susu mula byk. first three days to sy usaha bf sekerap mungkin & pump susu. doc ckp bby kurang air, kena topup fm in between bf. sy tekad utk bf. last resort, cube utk dptkn ebm from biras saya. Kuasa Allah, alhamdulillah, belum sempat bagi ebm, susu mula mencurah2..tp first few days tu mmg memerlukan kesabaran & ketabahan + support dari suami. Alhamdulillah suami byk sgt membantu, bagi kata2 peransang, bg semangat supaya keep on bf bby.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics