Monday, August 12, 2013

Aidilfitri 1434 H - Puasnya beraya

Alhamdulillah, hari ni dah keje lepas cuti yang panjang......

Korang camner?

Banyak benda nak share - hari ni zah share pasal raya dulu ye..

semedang masih mood raya lagi ni :)

Tahun ni Zah berazam nak masak macam tahun-tahun sudah juga...bezanya Zah tambah menu iaitu rendang daging...dengan gigih suami isteri ke market sehari sebelum raya, nak cari daging tp daging habis....jumpa orang jual daging tepi jalan....sanggup tunggu hampir 45 minit...alhamdulillah dapatla beli daging.

Harga daging RM24 sekilo, tengok daging baru terus ambil 2 kg...juga beli tulang untuk buat sup.

debar juga masak rendang daging ni..sebab tak pernah masakkan..tapi tawakalla...kitorang mula masak jam 11.00 malam, lepas anak-anak tido...husband tolong potong daging sambil zah sediakan rencanh nak masak..

Alhamdulillah, rendang daging sedap!
suami puji banyak kali...walaupun tukang yang masak rasa macam ada je yang kurang.
insyaAllah lepas ni lebih confident nak masak :)
raya haji pula.

rendang ayam, tahun ni just beli 2 ekor ayam - sedekah sikit kat jiran, bawa kat mertua dan makan sendiri je...sampai ke tengah malam dok ulang makan...alhamdulillah, anak-anak memang suka sangat rendang ayam ni.

rendang ayam pun menjadi, tak risau sebab dah biasa buat.
9/10 bintang :p

azam tahun lepas nak buat sendiri kekononnya tak terlaksana...
insyaAllah, kena gak belajar satu hari nanti
karang anak-anak dah besar...tak tau nak buat
malu je...kan?
so raya haji, ambil cuti sehari awal kita belajar buat ya zah :)

terlupa yang diri tu tak makan pulut since bersalin,
nasibla tak sakit or angin pada raya pertama...
tapi raya kedua masa balik kampung bonda..
memang meranala angin perut...huhuhuhu
takpe sedap no 1, sakit belakang kira.
boleh?

anak dara berpeplum tahun ni.
kemain dia ni cepat besar.
zah guna ukuran 4 tahun tau!
pakai cotton dipagi raya...
memang selesa sampai ke petang..

nampak manis je Aqilah Irdina ni :)


abang long Akmal sedondon dengan ayahnya
berteluk belanga..siap songkok bagai.
budak dah besar..mulut pot pet sembang
paling tak tahan
masa kumpul duit raya dia kata kat ayah dia
untung besar tahun ni :)


amani pun beraya dengan CD baru..nanti zah share mana CD yang best ya!



tahun ni mudah sangat berjalan sebab takde perlukan air panas or botol susu
agak lapor je bagi kat anak-anak minum susu bonda
agak malas nak perah, minta aqilah minum..hahahha
anak-anak bila dah kenyang, senang nak bawa jalan.
amani boleh tido lena just menyusu je dia buka mata
sepanjang perjalanan dari rumah ke rumah saudara mara
permatang pauh - bukit mertajam - alma- pendang
mengkuang titi - parit, perak
sepanjang berada dalam keta memang lena dan menyusu dengan jayanya.

tahun ni tema kami purple
tak kisahlah janji warna lebih kurang
family potrait paling comel
sebab banyak kali snap..hahahah

rasa macam pengantin baru :p


senyuman kakak dan abang paling manis
nak dapat duit raya punya pasal

laki bini letak anak ke tepi...gigih ambil gambar berdua dulu...
selamat hari raya!
cover perut memasing..hahahha


gambar candid, mak lang bg duit raya kat anak-anak


nasib baik peplum amani muat.
ketat tau dak...padahal 2 minggu puasa dah cuba ok je..
huhu cepat benor budak omei ni besor.
peplum saiz 1 tahun tu tau...


Muhammad Raziq Akmal
Nurul Aqilah Irdina
Nurul Qaireen Amani

banyak sangat camera :) - tak kisahlah janji dapat gambar depa ni



the best love by sisters
mereka berdua berkongsi susu bonda sekarang



my big family masa beraya kat perak!
tak semua ada tapi meriah uolss!

" Salam Aidilfitri 1434H "

Ikhlas dari hati,
Saya yang dah mula kerja.

1 comment:

Ned said...

Suka statement nak cover perut masing2 tu. hahaha.

Comel sungguh amani pakai peplum.. nampak sendat semacam je kat perut dia.. tapi maintain comel.. :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics