Tuesday, July 23, 2013

The Journey Of Breastfeeding Mother : EBM Qaireen Amani

Alhamdulillah, hampir menjejaki angka 8 menyusukan permata hati Nurul Qaireen Amani yang debab tu :) - baby yang suka menyusu terus dengan bonda dan kerap dikendong buat badan Qaireen Amani macam kena pump...debab sungguh! - alhamdulillah.

Minggu lepas masa cuti, Zah sempat susun ebm zah sepanjang bulan Mei, Jun Dan Julai 2013. Alhamdulillah, rezeki Amani biarpun Zah hanya biasa-biasa tahun ni..tp banyak juga yang tersimpan. Sebabnya? Amani tak berapa suka minum botol,...

Alhamdulillah, lapan bulan ni walau diduga dengan anak-anak yang tak sihat, Zah juga yang kurang sihat...tanggungjawap untuk menyusukan amani dan memerah susu semasa amani tiada tetap zah jalankan...walau kadangkala ada juga perasaan malas tu..hihihi tp zah buang jauh-jauh...kang malas, takde rezeki amani pula.

Zah tergerak hati nak susun bukannya apa, deep frezer kedua zah hampir penuh...huhuhu so mahu tak mahu kenalah susun sebaiknya...tak sempat dah nak asing-asing dan balut guna plastik, so zah just bungkus dalam beg ikut bulan. Alhamdulillah, inilah susu yang zah simpan pada bulan Mei, Jun dan Julai 2013.


Ini pula EBM bulan Januari, Mac dan April -  Amani baru sahaja habiskan EBM bulan Disember...huhu bulan lain sedang dalam proses....Alhamdulillah, amani biarpun dah terbiasa dengan susu fresh, tp bila bonda perkenal dengan ebm ni dia tak tolak...selalunya ada bayi yang akan tolak sebab EBM akan berbau...

Zah handle ebm sejak 2009, untuk elak dia berbau..zah selalunya akan terus bekukan..tak biarkan dekat chiller 4-5 hari, untuk fresh ebm hari-hari memang zah bekalkan yang betul-betul fresh.

untuk nota, Jangka hayat EBM yang disimpan dalam deep frezer adalah selama 6 bulan hingga 12 bulan.

bila tengok EBM sendiri -rasa tak percaya,
dalam kalut dengan kerja,
kalut dengan anak
kalut dengan rumah
tak sangka Zah boleh buat mcm ni
takde makan suplement
takde rahsia
hanya kerap susukan baby
dan tak tunggu jam
susu susu dan susu

bulan puasa ni juga bulan rezeki.
macam tak percayakan tengok?
banyaknyer susu dapat masa bulan puasa
ni sebab malamnya zah tandem nursing
menyusu kakak dan adik selang seli
hari cuti bolehlah.
hari kerja surrender :)

hari isnin, Zah masuk kerja dengan rasa mcm nak demam
9 hari cuti, kena block duct pula
breast rasa macam sakit tahap gaban
tak bengkak tp sakit
susu pula macam segan nak kuar
nanti zah share apa cara zah atasinya ya.

Kesimpulannya, nak berjaya menyusukan anak ni...tidak semestinya bergantung kepada suplement. Suplement tu hanya bantu ibu jadi sihat dan kuat...bukan jadikan susu banyak. Jangan terpengaruh tau! Amalkan makanan yang sihat, air yang mencukupi, tidur dan rehat secukupnya, elakkan stress, positif dan juga susukan baby sekerapnya serta perah semasa baby tidak bersama. InsyaAllah, hanya yang berusaha akan dapat hasil.


ni budak baru nak masuk 8 bulan sabtu ni
tapi badan
Allahuakbar
memang debam..masyaAllah
bonda dan ayah kalau dukung memang terasa sangatla.

1 comment:

nieda said...

Kagum dgn zah, byk hasil ebm. Semoga bf journey berjln lancar.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics