Thursday, July 04, 2013

Kita bukan Botol Susu

Rasanya semua bakal ibu baru termasuk zah dulu fikir cukup ke susu bila baby lahir, macam masa akmal..bila nurse kata susu takde lagi..dah pasrah dah...akmal balik umah baru minum susu bonda..sob sob...

Muhammad Raziq Akmal - dengan dia...zah jadi EP Moms.
Memerah setiap dua jam tu dah biasa dah
nangis masa awal-awal sebab sakitpun dah biasa
ingat lagi husband urut belakang kata sabar
kena perah juga
sebab susu tu untuk anak.
 Alhamdulillah, dengan Aqilah Irdina - Zah dah bersedia dengan sedikit ilmu, walaupun berdebar...tapi Aqilah adalah baby yang sangat pandai menyusu...saat hari pertama sehingga hari ini..dia adalah peminum tegar susu bonda.

Menyusu dari sejam awal kelahiran sudah membuktikan susu Zah memang cukup untuk dia. Zah tak pernah rasa susah menyusukan Aqilah waima masa tengah pregnant adik dia...Aqilah menyusu dengan bonda.


Nurul Aqilah Irdina - 2 Tahun 7 Bulan masih belum wean off
takpelah Aqilah, bila awak rasa nak berhenti kita berhenti ya.
 Macam tajuk entry, kita bukan botol susu yang penuh baru boleh minum. Badan kita bila kita lagi rajin susukan anak, lagi banyak dan kerap kosongkan, insyaAllah susu akan cukup. Tidak bermakna susu tak banyak bila cik B kita tu tak bengkak. Kalau selalu bengkak, lama-lama otak akan dapat signal bahawa susu cukup takat tu..kang susu merajuk susah lak kan...jadinya....staf positif..tenang-tenang sahaja semasa dalam proses menyusukan anak ni.


Nurul Qaireen Amani - gambar berlemuih sikit..Amani selsema dan batuk
Amani masa 1st time bf zah perasan dia ni bukan good feeder macam kakak ngah
so zah kena sabar sikit
dan latih dia menyusu dengan betul
Alhamdulillah,
Amani bijak..sehingga hari ini
dengan Zah juga yang banyak dan kerap minum
dengan botol tu macam terpaksa je :p
Mudahnya, susu kita cukup...sentiasa fikir cukup. Kalau kurang, kena usaha untuk tambahkan dia. Susu sikit bukan penyakit yang kena makan ubat. Mungkin makan ubat boleh tambahkan susu tapi sampai bila? Gunakanlah cara natural. Jadi ibu ni dia kena tenang, dia kena kuat...dia kena usaha.

Zah cakap bukan sebab Zah susu banyak. Zah juga macam orang lain, bukan sedikit usaha yang Zah lakukan. Alhamdulillah, usaha Zah berbaloi. Senyum tengok stok susu. Senyum tengok badan Amani debam macam nak kena gigit. Seronok tengok Amani tangkas je pergerakan dia.

Jadinya : Kepp positif, kalau baru bersalin jauhi rasa susu tak cukup, kekalkan momentum masa dalam pantang - bila berjaya masa awal-awal insyaAllah tak ada masalah dikemudian hari.

Sayang dari hati,
Izzah

1 comment:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
kalau macam nani... alhamdullillah.. masih menyusukan fiyya waktu malam dan waktu cuti.. harap2 susu tak kering lagi.. so far cukup stok tak payah perah tapi boleh beroperasi siang ke malam utk anak..
>> bab selsema tu, saya cuba petua org kata makan aiskrem vanila utk hilangkan selsema.. so baby safiyya baru 6 bulan.. tak berani nak bagi aiskrim, jadi saya yang makan aiskrim tu.. alhamdullillah.. dah kering hingus safiyya.. dah tido lena safiyya malam tadi.. hasil 2 hari berkat petua tersebut..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics