Friday, July 12, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan Day 2 : Sup bebola ayam dan sayur, butter prawn dan ayam goreng kunyit

Alhamdulillah, semalam sampai rumah ngam-ngam jam 6.40 petang.
Zah terus masak nasi putih.
Keluarkan ayam dan udang.
Potong bahan-bahan nak buat sup
dan inilah terhasil menu berbuka puasa semalam.

Smoothies Oren ( 3 biji oren sunkist+plain yougurt+gula+ais batu)
Sup Bebola Ayam dan Sayur
Ayam goreng kunyit
Sambal kicap
Butter prawn

Sup bebola ayam tu zah beli jenama farm best yang sayur punya
hihihi - husband kata sedap, siap makan bertambah tau
puas hati Zah masak.

Ayam goreng tu salut dengan kunyit, letak bawang dan cili padi

Butter prawn nak gelak sebab tak jadi macam resepi
rupanya kalau nak buat butter prawn kena guna kuning telur je
hahahha zah p bancuh sekali ngan putih telur
but oklah, udang baru goreng garing
habis Akmal dan Aqilah ratah.

Sahur, as ussuall...suami nak makan nasi goreng
kali ni nasi goreng tak letak cabai
so rasa macam kosong sikit..
tapi habis juga :p
makan dengan baki sup semalam dan goreng nuget ayam sama.
sebab semalam tak puas minum ayaq orange tu
pepagi buta zah buat smoothies oren lagi
memang sedap
lepas ni nak cuba buah lain pula.


Alhamdulillah, seronok masak - hari-hari dok fikir menu je.
cuma petang ni tak masak sebab buka puasa kat hotel gurney.
sahur ni nak masak apa pula ye...
emm...boring dah makan nasi goreng
tp ngenang cinta hati nak nasi goreng, kena masak jugala

2 comments:

Adib said...

wah!! sempat lagi akak masak lepas balik keje..

izzahazfar said...

@adib : akak dah berazam nak masak :p

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics