Thursday, July 11, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan Day 1 : Teringin nak masak

Tahun ni entah kenapa, takde hati hendak menjenguk baazar ramadhan, walaupun Zah tak tukar jadual balik dari kerja (masih ambil jam 5.30 petang macam biasa) tapi hati meronta-ronta nak balik masak juga.

Hari pertama siap weechat ngan husband bagi senarai menu yang dia nak makan dan pilih. Kebetulan semua benda tu dah ada kat rumah, tinggal MAHU dan RAJIN je nak masak.

Suami sebenarnya tak berapa nak setuju Zah masak...sebab dia kata tak sempat, tapi Zah tetap berkeras dan minta dia percayakan Zah...Alhamdulillah, sampai rumah dalam jam 6.30 petang, jam 7.20 zah dah siap semua termasuk buat air.

So apa Zah masak semalam?

Zah masak

Nasi putih,
Rendang Ayam
Tomyam udang
Air merah sejuk
Teh Panas strawberry.

Alhamdulilllah, seronok tengok anak makan..siap bertambah

rendang pula suami kata sedap :)

senyum zah bila suami dan anak-anak puji masakan kita,

Rendang Ayam dan Tomyam Udang

Untuk Rendang Ayam - Zah masak guna kuali ajaib HIG tu..
bagus betul, sebab cepat rendang masak dalam kuali tu,
lepas ni boleh beli yang besar sikit

just ampurkan semua bahan untuk rendang + ayam + santan
guna api perlahan biarkan kuah mereneh.
zah masak 30 minit bagi kuah tu meresap dalam ayam,
sedap hingga menjilat jari :p

untuk tomyam udang pula
untuk pertama kali Zah masukkan kacang peas
memang sedap rupanya..
pertama kali makan sayur tu..hihihi

sahur pula, Zah masak nasi goreng  - husband Zah ni kalau sahur kena makan nasi goreng, kalau tak dia kata dia tak lalu...huhuhu so bagi memenuhi tekak suami, gigihlah masak nasi goreng pepagi.
Zah tambah nugget tempura dan panaskan sikit tomyam yang masak masa berbuka.
Alhamdulillah, semoga adalah sedikit pahala untuk menyediakan makanan bersahur dan berbuka untuk keluarga ni.
nasi goreng Zah masak lebih, bekalkan kat anak-anak masa mereka kat rumah pengasuh.

harapnya momentum nak memasak ni kekal sampai hujung ramadhan.
yang kelakar semalam, elok semua siap
Amani dah nangis, maklumlah balik dari rumah pengasuh tak nampak mak dia lagi...jadi sementara tunggu waktu berbuka Zah sempat bf amani.
lepas BF je terus ketaq kaki lutut
sampai nak berhidang pun dah tak boleh dah
huhuhu inilah pengorbanan seorang ibu dan isterikan?
apapun, jauh lagi ramadhan kita ni

harap tak terlajak bangun sahur, dan tenaga kuat semasa bekerja

esok Zah update, masakan berbuka hari ni ya!




4 comments:

Sidratul Muntaha said...

Seb baek tgh coti
Jdi xdela ngences nengok rendang tu

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
sedapnya... semua sedap2 belaka.. semalam fiyya tak sihat.. jadi saya sempat masak koew teow goreng je.. tu pun tak sempat cedok ke dlm bekas.. anak sulong tolong wat kan... yg lain mr mama masak.. nasi, ikan siakap sambal, sayo sawi.. air oren sejuk + air kopi panas.. tu je la menu kitorang.. alhamdullillah.. syukur..

izzahazfar said...

sidratul : tengok blog masakan awakla yang buat zah rajin masak :p

izzahazfar said...

kak jas : sonok dah ada anak besar, zah ni bersilat sorg2 je

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics