Tuesday, July 23, 2013

Cerita Ramadhan 1434H

Puas bercuti 9 hari - hari ni dah hari kedua masuk kerja...emm alhamdulillah, badan lebih kuat hari ni berbanding semalam...huhuhu maklumlah, kat rumah..kotla tak larat boleh join anak-anak tidoq, kat office...takleh le kan...

Sepanjang ramadhan minggu lepas zah memang cabar diri untuk masak..alhamdulillah, memang masak sepenuhnya pada hari biasa, isnin - jumaat dan hujung minggu berbuka dengan mertua or kat rumah pengasuh anak-anak.

Jangan gelak tau, nak jaga dua todler dan satu baby debam sambil masak adalah sesuatu yang sangat mencabar :p

so apa zah sempat masak?

Puding roti, teringin nak makan...so tryla buat...

sangat senang rupanya :)

Puding roti sebelum bakar

puding roti selepas bakar dengan sos vanilla kastard

sup ayam

masak sahur simple
nasi putih, sambal ikan bilis pedas hijau dan telur goreng mata

ayaq merah blended dengan biji selasih

ini suami tercinta yang buat
kemas sangat..hahahah saya kata dia ni gigih
solok ikan.



nasi ayam + sambal kicap + ayam goreng madu

teringin makan lagi puding roti sebab anak-anak dan husband suka
terutama bila buat kuah dia tu...hihihi


tapi, pakai roti coklat tak berapa sedap
lepas ni stick pada resepi asal.

pastu masak daging masak kubota- husband kata sedap..neves masak sebab tak reti potong daging sib baik lembut,
gulai bawal ikan - kena belajar lagi sbb kuahnya pekat sikit tp akmal dan aqilah pulun makan..hahahha
goreng bawal dan sambal kicap.
memang sedap makan mcm ni :)

Alhamdulillah, inilah antara yang zah masak masa cuti...
tp Allah duga zah minggu ni
semalam tak sihat so menjejak kaki juga ke param.
takpelah.
ada hikmah :)

yang paling seronok masa bonda cuti tentulah Qaireen Amani
perangai melekat dia menjadi-jadi
bonda takde kat sebelah kemain meraung
yang seronok amani dah boleh berdiri imbang badan.
insyaAllah Amani dah mula berjalan.

sempat juga nak belajar jahit peplum anak-anak dara.
tak tidoq ooo try jahit baju ni,mula pun dah 12 tgh malam..hahahah
patutlah orang tempah mahal.
susah ok jahit baju budak
ni baju trial je, anak-anak tak pakaipun..
buat sbg contoh
insyaAllah, Aqilah dan Amani akan pakai peplum raya ni..
puas sangat bercuti, memang rehatlah...cumanya hari-hari terakhir tu zah tetiba melepek tak larat, nak bangunpun tak boleh...dah jadi macam budak kecik pula merengek nak buka...hahahha tp suami bg semangat untuk zah puasa juga..so takde masak hari ahad, ke PARAM juga..

sedar tak sedar dah 14 Ramadhan 1434H hari ni kan?

salam kasih,
izzah


1 comment:

ciksuen said...

rajinnye akak...:)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics