Tuesday, July 02, 2013

Catatan Penyusuan : 7 bulan dengan anak ketiga

Sedar tak sedar Qaireen Amani dahpun berusia 7 bulan.
Dalam bonda tak cukup tidoq sebab peel reverse cycle bermula mei lepas

(maklumat mengenai reverse cycle di link ini - http://kellymom.com )


sampaila sekarang - amani menyusu biasa-biasa sahaja jika gunakan botol susu...huhuhu...zah juga dah cuba bagi amani minum guna cawan tu tapi macam tu juga...amani lagi suka menyusu secara terus dengan bonda

Nurul Qaireen Amani - 7 bulan 2 hari di Cameron Highlands

Kalian,

Amani memang lahirnya sangat mudah
namun, cabaran bermula pada malam kedua lagi
dia suka menangis.
kalau takde ilmu mesti orang ingat zah tak cukup susu
nasib baik,
zah pantang sendiri
makanya...zah sendiri handle peel amani yang lain macam sikit tu.
malahan dengan karenah amani yang sangat berbeza dengan abang dan akak dia ni
semasa berpantang zah hanya mampu buat stok ebm yang tak seberapa
sekadar mencukupi sahaja.

tapi alhamdulillah
semua masalah semasa menyusukan amani yang agak cerewet
kurang pandai menyusu masa awal-awal harinya
zah handle dengan bersahaja..
yang zah tau, susu untuk amani cukup
dia nangis mesti ada sebab lain

alhamdulillah,
diam tak diam
dalam tido yang sudah lupa maksud nyenyak dan selesa
Amani hari ini sudah 'pandai' menyusu dengan bonda
Amani sudah pandai memilih di siang hari.
dan konsep susu kita cukup untuk keperluan bayi memang benar.


Bekal untuk amani seharian
Alhamdulillah susu segar dari ladang bonda :p



Zah perasan, susu zah sepanjang menyusukan amani macam gambar kat bawah je
sehari boleh bawa balik 28-38 oz tu memang sangat mencukupi
amani pula hanya akan minum 10-15 oz sehari.
kira-kira 3-4 botol sahaja
jadinya, zah tak perlukan susu yang banyak untuk berjaya realisasikan penyusuan kali ini
cukup dengan usaha memerah 4 kali dipejabat
sekali semasa awal pagi pada hari isnin-jumaat
manakala hujung minggu zah akan perah sekali masa awal pagi.
hasil sebelah sahaja - sebelah lagi amani dah kosongkan.
kekadang susu ni luar jangka, bila dua anak menyusu dengan kerap
susu zah pasti akan bertambah dan berlebih
memang rasa syukur sangat sebab
pengorbanan nak menyusukan anak ni
bukan sedikit
sebab tu, syurga terletak dibawah telapak kaki ibu.
ibu ni jenis lupa maksud penat
dalam dok mengantuk tu pun dia boleh bangun susukan anak tau.




sebenarnya, selepas amani lahir
zah risau juga takut susu tak cukup
risau itukan sinonim dengan sifat seorang ibu
namun percayalah
susu yang kita hasilkan sebenarnya mencukupi untuk bayi
macam situasi zah, bukan setakat mencukupi memang berlebihan.


dan sesungguhnya,
setiap kejayaan yang manis perlu ditambahkan dengan usaha yang gigih
jangan jemu untuk berusaha demi anak kita
oh ye - seringkali juga zah diutarakan soalan
sama ada zah ada menggunakan apa-apa suplement untuk banyakkan susu

untuk panduan kalian,
Zah tidak mengamalkan apa-apa suplement untuk mengekalkan susu sehingga ke hari ini
apa yang zah lakukan adalah istiqamah
mengekalkan momentum memerah semasa dipejabat
atau ketika anak tidak bersama
makan makanan yang sihat
air masak secukupnya

zah juga kurangkan minuman manis
dan lebihkan minum air masak
kerana  Bila kita  kurang minum air, nanti darah jadi pekat dan semua bahagian badan perlu kerja lebih.
 
Jantung perlu lebih pressure untuk mengalirkan darah ke seluruh bahagian badan.manakala buah pinggang pun jadi lebih susah menapis berikutan kurang air kosong dalam badan

Tips yang zah amalkan sekarang adalah seperti berikut :-

Minum air kosong dengan mencukupi (8 gelas sehari)
Kerapkan pengepaman dan tambah sesi pengepaman
Bangun mengepam pada waktu malam dan di awal pagi
makan makanan yang sihat
hindari perasaan stress dan moody
sentiasa positif.

Alhamdulillah, memang perjalanan penyusuan masih jauh
namun...zah percaya jika kita berusaha
Allah akan sentiasa mudahkannya

Sayang dari hati,
Izzah




No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics