Tuesday, July 09, 2013

Berpuasa sebagai ibu yang menyusukan anak

Alhamdulillah, sekali lagi Allah beri Zah peluang itu.

Manis, pahit tahun ini masih belum tahu penghujungnya.

Namun sudah beberapa tahun juga Zah berpengalaman

berpuasa, mengandung dan menyusukan anak

Pengalaman-pengalaman yang zah tak akan lupakannya.

InsyaAllah tahun ini Zah berpeluang merasai bagaimana nikmatnya berpuasa dan menyusukan dua orang anak pula.

Alhamdulillah, puasa yang datang kali ini juga zah tak risaukan dengan stok susu.

Rezeki Amani, sebab stok memang banyak dan melebihi keperluannya.

Syukur juga Amani tidak menolak minum susu perahan :)

Allah sangat membantu Zah..syukur.


Anak-anakpun dah besar, rasanya berpuasa kali ni tidaklah terlalu mencabar harapnya :)

Maklumlah umur semakin meningkat ni, perasan sangat badan tak berapa nak kuat...hihihi

InsyaAllah, kena gigih bangun untuk sahur,

Sebab sahur sahaja yang akan buat ibu menyusu ni kuat.

Kalau tak gigil masa kat office jenuh juga.



Antara persediaan Zah semasa berpuasa kali ini

Minuman tamar coklat.

Kurma / tamar memang akan beri kita tenaga luar biasa.

InsyaAllah, jangan lupa sahur.

Bila berbuka, berbukalah dengan makanan yang sihat

Minum airi secukupnya.

Selain itu,

Pastikan aura positif sentiasa berada dalam fikiran kita

InsyaAllah bila positif,

Kuatlah kita ni.

Macam zah biasa buat, semasa berpuasa

Zah masih memerah di pejabat

Cuma Zah kurangkan kuantiti masanya sahaja

Kalau biasa buat 20 minit

Masa puasa zah akan buat 10 -13 minit

cukup untuk bagi signal kat otak yang susu masih diperlukan.


Salam Ramadhan 1434H

Semoga puasa kita mendapat pahala secukupnya.

oh ye, dalam Islam ada juga ruksah semasa berpuasa


Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-
  1. Risau tentang keselamatan dirinya
  1. Risau tentang keselamatan anaknya
Dari Anas R.A.:“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”


oleh itu jangan risau ya,

Islam agama indah.

Salam kasih,
Izzah 

2 comments:

Cheyan said...

i ya saya setuju tu..minum air secukupnya adan sahur...

Mama Marcello said...

akk, beli kat mana kurma coklat tu? cam menarik je

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics