Tuesday, July 16, 2013

Bercuti di bulan ramadhan 1434H

Alhamdulillah, seminggu dah kita puasa....

Zah masih puasa penuh...alhamdulillah....dah hari ke empat juga zah berpuasa dan tidak bekerja.

Bila tak kerja memang direct feeding je dengan amani tu....amani memang suka..menyusu je kejenya, zah pun takde masalah sbb amani menyusu dan zah boleh rehat pada masa yang sama.

Cuma zah elakkan menyusu si kakak irdina...hihi mau tak mau memang kena ajar juga irdina cerai susu, tak puasa pun zah boleh gigil...kang menyusu dua orang masa ni..tak tau apa nak jadi...nasib kakak ok...lgpun kakak bukan nak menyusu sbb lapar, dia nak menyusu sebab nak 'comfirt' je...alhamdulillah, aqilah irdina ok je bila bonda buat 'rule' mcm tu.

Oh ye, ramadhan kali ni satu kelainan sebab zah sedang bercuti...selalu macam tahun2 lepas, zah keje dan banyak memerah semasa kerja...tp dah cuti seminggu ni, akan banyak direct feeding je...

Bercuti jaga anak, jadi driver anak..jadi tukang masak...tukang dobi....sebenarnya lagi penat dr kerja...zah akuinya... Amani pula minggu ni badan tak berapa nak sihat, jangkit pula kakak yg selsema, so dia mmg kerjanya nak berdukung or nak bonda baring sebelah dia...

Kenapa Zah cuti?

Alhamdulillah, pengasuh akmal,aqilah dan amani baru sahaja terima baby pertama mereka setelah 7 tahun menanti. Lamakan?memang rezeki merekalah bila curahkan kasih sayang yang teramat kepada akmal,aqilah dan amani...allah akhirnya perkenan berikan mereka zuriat....rezeki, cuma pengasuh lahirkan baby secara pembedahan...tp pengasuh  depa ni sangat kuat, hari kedua dah boleh duduk sendiri,memang zah tabik spring dengan semangat dia...teringin nak ambik jadi anak susuan...huhu tapi mak dia takde masalah susu...so tengoklah mcmana...seronok sangat sebab dia kuar labor room zah terus ajar posisi menyusu yg selesa untuk ibu yang dibedah. Hari kedua tengok baby pandai latching dan diapun ok...alhamdulillah..sebab tu lah zah cuti minggu ni, bg pengasuh relaks sat,selesaikan urusan semua...dan boleh jaga anak2 kembali. Lega sebab suami pengasuh anak2 zah ni berkeras nak jaga anak2 even zah offer untuk cari pengganti sementara. Dia dah anggap anak2 zah mcm anak depa...alhamdulillah, sbb zah tau..hanya orang yang sabar boleh jaga anak2 zah yang lasak ni..hihi

Ok tu je..zah juga cabar diri zah untuk masak sahur dan berbuka..setakat ni memang berjaya..cuma hujung minggu je buka puasa umah MIL...:-)

Anda bagaimana?nak share pasal puasa dengan zah?

1 comment:

アヌム said...

alolo comeinyeeee baby :)
slm kenal^^

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics