Wednesday, June 05, 2013

Ulangtahun Kelahiran Suami : Dinner simple dengan anak-anak

Tahun ni, memang takde idea nak beli hadiah ke bunga ke kek ke kat kanda sayang tu.

teruk betui bini dia ni..

hahaha, but a week before birthday dia 

Zah memang cakap kat husband, sayang belanja makan je la ye :)

Selamat Ulangtahun Kelahiran Kanda sayang!
semoga Allah beri kesihatan, kekayaan dan kasih sayang yang penuh pada keluarga kita :)

So, dalam kereta masa nak otw nak balik rumah,
kitorang decide nak g makan kat satu tempat yang biasa kitorang g.

tapi bila ambil anak-anak
plan tukar,

kitorang ke Secret Recipe BKE Kulim je.
sebab dekat dengan rumah,
orang tak ramai.

Kak Ngah yang paling gembira bila bonda order kek untuk ayah
siap cium ayah ucap 'biday to you ayah'

Kemudian, anak-anak berebut nak ambil gambar dengan ayah.




Kesian amani, tak dapat...hihihi so dia tepuk-tepuk meja :)

Bonda pun tak lepas peluang untuk ambil gambar,
biarpun sok sendiri.
hihihi



mudah juga bila amani dah boleh duduk sendiri, selesa sikit bila makan kat luar
ni kali kedua Zah letak amani dalam kerusi budak.

Amani geram tengok kek yang abang dan akak dia tengah makan :)

ayah order ais krim untuk anak-anak,
bonda ambil ice blended coklat
ayah pula banana coklat - anak-anak suka sangat dengan air ayah sebab rasa pisang.hihiih

Ayah nak makan Lasagna - lepas ni, bonda kena belajar buat sebab ayah request nak makan lagi.
bila la ye ada masa nak masak ni.

bonda pula tak makan nasi sehari, so order nasi.
kalau jagung tu ganti salad sayur lagi sedap.


ayah suap kak ngah

pastu suap abang lak

anak-anak kongsi makan fish n chip ni..sedap gak.

akmal yang suka sangat,
ulang makan kek, ais krim, ayam bonda, ikan, chip..semua dia pulun
lepas berhenti susu botol, akmal memang kuat makan
selera besar!

Aqilah - usianya 2 tahun 6 bulan, sukses makan sendiri berkat diajar dari usia enam bulan :)

Amani agak baik malam tu, sebabnya dia dah kenyang menyusu dari rumah lagi pastu dah lelap setengah jam, so bonda dan ayah leh makan dengan selesa...tp zah bg dia pegang roti ayah...dia main-main je..tak makan pun..hihihi

dah boring, dia sendiri letak lampin atas kepala...huhuhu alhamdulillah, bonda,ayah abang dan kakak makan dengan tenang sangat.



ayah takde gambar dengan amani.
so sebelum balik ambil sekeping :)

Alhamdulillah,
Allah bagi saya peluang untuk raikan bisday suami tahun ni.

Semoga suami panjang umur,
murah rezeki dan sihat selalu.

Bulan depan bisday sayang jangan lupa ya abang even jatuh bulan puasa lg :)


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics