Wednesday, June 05, 2013

Susu Ibu dan Puasa

Kalau tak silap Zah,
minggu lepas ada ibu yang bertanya mengenai susu ibu dan puasa

dalam hati mungkin timbul kerisauan dan kegusaran
bolehkah berpuasa dan memerah pada waktu yang sama semasa menyusukan anak.

Hasil Susu Semasa Berpuasa Minggu Lepas

Hari ni Zah kongsikan pengalaman menggantikan puasa minggu lepas.

Lama sebenanrnya hutang puasa ni, dek kerana mengandung, pastu menyusu pula...asyik membayar fidyah sahaja.

tahun ni sedang elok, amani enam bulan
Zah pun tak risau sangat pasal stok susu perahan
maka Zah minta izin suami untuk puasa.

Bangun sahur jam 5.00 pagi
Zah makan nasi goreng dan minum air secukupnya.
Kemudian, lepas makan..
baring balik dengan amani
sebab pagi-pagi amani biasanya akan menyusu dulu.
lepas menyusu zah perah pula
dapatlah hasilkan untuk 3 kali feeding amani - 10 oz

kat office
zah perah lagi - zah kurangkan sesi pumping dari 4 kali
ke 3 kali.

Alhamdulillah hasilnya macam kat atas.
Awal pagi tu rasa gak ketaq sikit
nak menaip gunakan keyboard tu tak boleh
tapi lelama ok
hingga ke tengah hari
relaks je..hihihi

petang buka puasa dengan air tembikai lagi.


: Tips berpuasa dan menyusukan anak :

Sediakan EBM lebih awal.

Mean, sepanjang puasa kita tak rasa sangat keperluan untuk memerah susu, tak terkejar-kejar nak sediakan susu untuk anak sebab ada susu yang disimpan.

Susu semasa berpuasa mungkin akan berkurang sedikit kerana kita berpuasa. Just relaks dan tenang-tenang sahaja

Jangan Tinggalkan Sahur

Zah sangat pentingkan sahur, sepanjang menyusukan akmal dan aqilah, pernah juga mengandung semasa bulan puasa dan juga tandem nursing, sahur sangat membantu zah untuk kekal bertenaga.
Alhamdulillah, belum lagi Zah berbuka puasa sebab tak larat.

Makan dan Minum secukupnya pada malam hari

Zah akan pastikan zah minum air yang mencukupi pada malam hari.
dan juga makan makanan yang boleh membantu susu zah bertambah.
Antaranya, Zah akan makan kurma, soya, nasi dan lain-lain makanan yang mengenyangkan.

Jangan fikirkan LAPAR

nampak kelakar, tp benda ni adalah satu teknik
bila kita set otak untuk kuat.
kuatlah kita
tapi kalau kita set otak ketaq
ketaq la sampai petang
apapun tak jadi.
yang penting positif.
tapi kalau betul-betul tak larat
Islam adalah agama yang mudah.
ada kelonggaran untuk kita :)

Kesimpulannya,
Set minda ada lagi 35 hari untuk ramadhan
semoga kita semua bersedia!

salam kasih,
Izzah.






1 comment:

Sidratul Muntaha said...

my experience..
sepnjng pose tu..
mmg tak dpt perah belah siang
tpi mlm tu mmg stok penuh sgt
siap susukan anak and perah lagi..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics