Monday, June 03, 2013

Penyusuan Susu Ibu : Selepas 6 bulan, apa kemahuan saya?

Alhamdulillah,
Genap enam bulan menyusukan Amani.
Genap juga enam bulan membuat penyusuan secara berganda iaitu menyusu dua orang.

Jujurnya, Zah sendiri buat semua ini secara sederhana
tidak terlalu memikirkan berapa banyak stok yang ada dalam Deep Freezer,
buat semua biasa-biasa
tidak mengejar waktu memerah.
Cuma masih konsisten di pejabat.
4-5 kali sesi memerah bergantung kepada kesibukan dengan rutin kerja.

Alhamdulillah : 6 bulan yang indah dan sangat puas melihat hasil perahan sebanyak ini.

Banyak entry Zah mengenai penyusuan susu ibu, perjalanan jatuh bangun sepanjang menyusukan anak-anak adalah sesuatu memori yang indah dan shahdu untuk dikenang.

Zah juga bermula dari kosong.
Kemudian, Zah isikan yang kosong dengan ilmu.
Zah bermula dengan soalan, entah ada dan
 cukupkah susu untuk anak sulung dulu.
Tapi lama-lama, bila ilmu digali....kemudian ditambah dengan kehendak suami yang anak mahukan anaknya disusukan dengan susu ibu.
Kehendak jadi keperluan.
Zah rasa Zah mampu senyum melihat 'milestone' penyusuan sepanjang tahun 2009 - 2013.

Qaireen Amani : 6 bulan dan lebih suka pada penyusuan secara terus.
meraung bila tengok botol susu.

Kalau kalian tanya,
tidak penatkah menyusukan anak?
cukupkah tidur sepanjang menyusukan mereka?
entah tiada jawapan.

Kalau penat, zah tidur
kalau tak larat,
Zah rehat.
Suami banyak membantu.
betul.
kalian,
suami zah sangat bertolak ansur.
rasanya kalau suami tak tenang sama macam zah
terutama bila anak nangis, bila anak meragam
perjalanan penyusuan ini tak akan berjaya sepenuhnya.

Selepas enam bulan
apa pula perancangan saya,
masih buat benda yang sama
insyaAllah
akan terus dengan momentum
untuk memerah di pejabat
menyusukan secara terus semasa dirumah.

walaupun banyak rintangan,
bayi yang cerewet,
entah, belum pernah lagi mahu tawarkan botol susu dengan amani
sejak dia lahir lagi.
kiranya botol susu hanya pengganti sementara semasa bonda kerja
tangisan anak Zah akan 'handle' dan redakan
zah teruskan penyusuan susu ibu.

kalian,
banyak blog zah baca.
banyak kisah suka duka ibu yang menyusukan anak ni
bukan satu dua
bukan tiga empat 
banyak.
usaha mereka sepatutnya dipuji
sebab menyusukan anak bukan semata-mata susu
bukan semata-mata makanan untuk mengenyangkan anak
ia 'bonding' yang sangat 'magic'

Tips hari ini : bertenang dan bertenang.
stress?
peluk suami,
menangislah jika perlu
buang semua kesedihan
berdiri kuatlah kembali.

jangan kata,
Zah bolehlah susu banyak.
Nope, bukan KUANTITI yang buat kita berjaya menyusukan anak
percayalah,
bukan KUANTITI.
tapi sejauh mana usaha.
usaha dan usahalah.

Salam Kasih,
Izzah
Ibu Berpengalaman Menyusukan Tiga Anak
2009 ~ 2013 






No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics