Friday, June 07, 2013

Penyusuan Susu Ibu dan Makanan Pertama

Zah tau, sekarang ramai yang masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu walaupun umur anak sudah lebih dari enam bulan.

Macam Zah kata, setiap anak adalah berbeza...setiap ibu bapa ada pilihan masing-masing,

Jadi hormatilah pilihan mereka.

Mohon untuk hormati juga pilihan Zah ye.


Amani yang sudah tunjukkan kemahuan untuk makan bila dia mula belajar menggunakan tangan dan mulut :)

Ciri-ciri anak bersedia dengan makanan pelengkap :-

Boleh mengawal lidah dan pergerakan tengkok dengan lebih baik,
Mula membuat pergerakan mengunyah ke atas dan ke bawah
boleh duduk sendiri dengan sokongan yang minimum
menunjukkan minat pada apa yang kita makan
Zah dan suami memang sudah mengambil keputusan untuk mula memperkenalkan amani dengan makanan pejal bila usia dia enam bulan. Alhamdulillah, amani juga sudah boleh duduk dan kuat untuk menerima makanan. Kalau ikut dengan susu sahaja, bulan tak boleh...susu Zah alhamdulillah masih banyak dan mencukupi dengan keperluan amani, namun adalah tidak adil bagi amani bila dia lihat abang, kakak, ayah dan bonda makan tapi dia tak boleh sedangkan dia mahu juga..hihihi




Untuk lebih 'drama' - minggu lepas Zah cuba perkenalkan Amani dengan pisang lenyek yang dicampur dengan susu ibu. Hanya seinchi sahaja..tapi tak habispun..hihihi amani main sembur-sembur pastu terus tak nak dah duduk kat bambbo sit dia. Letak sekejap, pastu amani dah nak tunjuk cue feeding, zah offer susu...susu jugalah yang amani lebih suka...


Gigih belikan Amani pinggan baru, amani suka sebab warna tu menarik perhatian dia, nasib feeding set ni ada dua sudu, so..satu untuk suap amani..satu lagi bagi amani main...training cup, amani tak pandai guna lagi. tp no worries. budak nak belajarkan, jadinya...perlu perlahan dan langkah demi langkah.

Hujung minggu adalah masa menyediakan puri. Mudah untuk pengasuh beri amani makan, cuma panaskan dengan air panas atau masukkan sedikit susu ibu. Bekas kecil, puri epal, bekas panjang puri keledek.

Bila bagi pisang tak habis, muncul idea nak bagi amani dengan puri keledek. ALhamdulillah...dua sudu habis amani makan...tp Zah bagi tengah hari...petang pun zah habiskan sikit lagi dua sudu kecil...

Jangan tak tahu, amani berkongsi puree keledek dengan kakaknya..hihihi lagi berselera amani makan..rupanya amani suka bila makan bersama. Alhamdulillah, dua hari dengan puri keledek, amani membuang macam biasa. Tak sembelit. Macam Zah kata, amani diperkenalkan dengan makanan sahaja tidak bermakna Zah menghentikan penyusuan, amani masih menyusu macam biasa cuma zah add-on je makanan pelengkap ni.

Tips : Mulakan dengan beberapa sudu kecil. Macam amani, mula dua sudu kecil sahaja. Zah tambahkan sedikit susu ibu.





Bagaimana dengan penyusuan selepas enam bulan?

Jika kita sedang menyusukan bayi, teruskan penyusuan seberapa kerap yang bayi mahu. Susu ibu bukan sahaja berkhasiat tetapi mengandungi banyak bahan istimewa yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan.

Memasak untuk Amani.

Zah memang memasak untuk anak-anak sehingga mereka setahun, kemudian Zah perkenalkan anak-anak dengan makanan keluarga.

Jadi dengan Amani, Zah masih meneruskan cara yang sama.
Kenapa Zah memasak sendiri? Zah tahu apa yang Amani makan setiap hari.
Yang pastinya, makanan pelenkap yang dimasak sendiri memudahkan amani kelak untuk membiasakn diri dengan makanan keluarga.

Mengapa Memilih Penyusuan Susu Ibu + Solid Food?

Zah pernah lalui pengalaman susu tidak mencukup semasa zaman akmal dulu, akmal pula menyusu susu ibu gunakan botol. Lagi banyak diperlukan, Zah juga tidak maklumkan kepada pengasuh bahawa selepas enam bulan, bayi perlu susu dan juga makanan. Mean kena makan.

Alhamdulillah, semasa dengan Aqilah...Zah maklumkan kepada pengasuh bahawa Aqilah perlu juga menyusu dan makan, susu ibu sahaja bukanlah yang mesti untuk Aqilah. Alhamdulillah...sehingga setahun juga..aqilah hanya menyusu 10-15 oz sepanjang zah bekerja, banyak makan...tp bila hujung minggu atau masa malam, aqilah memang akan menyusu..waima sampai sekarang, kalau rindu..dia tetap minta susu bonda...padahal dah kenyang dah tu...

Jadinya, proses 'weaning' akan lebih mudah dan tanpa paksaan sebenarnya. Zah buat 'back-up plan' sekiranya apa-apa terjadi. Siapa tak nak menyusu sehingga dua tahun,tp perancangan Allah tak sama dengan perancangan kita. Macam sekarang, walaupun amani zah dan suami dah bersedia offer makanan, amani masih kuat menyusu, masih bangun malam dan bila nampak bonda dia tahu, dia kena minum susu bonda..hahhaha...bonding menyusu badan ni lain kot...so Zah tak akan berhenti.

Apapun, setiap ibu ada pilihan, Zah tau ramai yang diluar sana memilih untuk meneruskan penyusuan sahaja. Terpulang. Pada Zah, perkenalkan makanan pelengkap tidak bermakna Zah akan berhenti menyusu. Buktinya anak kedua Zah, masih menyusu sehingga sekarang.

Jangan jadi juri pada anak, bila anak menolak makanan yang disediakan..terus kata anak tak nak makan, perkenalkan lagi,hari ni sesudu esok dua sudu dan seterusnya. Jangan berhenti. InsyaAllah, sikit-sikit lama-lama anak akan faham. Bawa emosi anak bersama masa makan, bercerita, menyanyi...
itulah yang Zah lakukan sebelum ini, insyaAllah akan teruskan tradisi ini pada anak-anak lain.

Salam Kasih,

Izzah



1 comment:

Nanak said...

sy baca blog hari tu..anak dia dah 10m tak makan lg..tp itulah kn, kena hormat kptsn dia.
twins dah msk hari ke8 esok start mkn..1st 4days hari tu bg apple puree.Abang kemain lg semangat buka mulut besar2..Adik main sembur2 je..tak bg byk pun..setengah oz kongsi berdua pn xhbs...kata baru belajar nak mkn kn...thu 7m nti baru bg sorang 1oz kot..hehe..
lps mkn,dua2 rebut nak menyusu..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics