Monday, June 24, 2013

Nurul Qaireen Amani : Solid Food

Hampir sebulan menyediakan makanan untuk amani ke rumah pengasuh,

seronok main masak-masak ni...hihihi masak sikit-sikit sebab yang nak makan 

tu perutnya kecil je kan...zah pun masih main agak-agak je nak masak ni..


hampir dua minggu amani makan buah epal dan keledek...amani memang suka keledek ni..maybe sebab keledek maniskan?....

dan selalunya, bila zah suapkan amani makan...kakak ngah diapun sibuk nak suap...


dua biji keledek - rebus dan blend..
sedikit likat...bila nak makan - pengasuh akan panaskan macam panaskan ebm tu
pastu letak susu sikit...nyam-nyam!

bekal seminggu amani - puri keledek
minggu ketiga ni zah mula ajar amani makan carrot dan kentang

campur dengan bubur nasi

nak buat bubur nasi + carrot + kentang tak susah manapun sebab zah ada

beberapa peralatan mudah :)


Resepi bubur mudah yang sedap : beras segenggam + sebiji kentang  + sebatang carrot kecil +  1 inchi daun saderi

anak ketiga ni opah amani hadiahkan slow cooker

senang rupanya masak pakai slow cooker

zah rekemenlah pada sape yang nak masak untuk anak

comfim tak hangit

masak jam 11.00 malam 

esok jam 5.30 pagi bangun tinggal blender jer bagi halus.


Tips memasak mudah untuk ibu bekerjaya :

- sediakan puri dihujung minggu -
contoh puri - kentang, carrot, bayam,buah-buah epal, pear

- masak bubur malam hari guna slow cooker-
masa masak leh masukkan puri tu, so takdelah amik masa lama nak potong2 bagaikan....


Nota Bonda : Setakat ni amani ok je membuang hari-hari.
takde alahan lagi or perut kembung bila bonda perkenalkan makanan pejal
amani kat rumah pengasuh makan sekali sahaja,
kekadang dua kali, tengok keadaan.
hujung minggu amani masih menyusu 95% dan makan 5%





3 comments:

Nanak said...

twins baru nak intro keledek esok..so far baru bg apple,pear,banana,pumpkin,oat,carrot..hahaha..excited bg makan but still follow 4days rule.syukur semua pass n poo poo hari2..byk pula tu.. next month kot bg bubur..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
nak tanya.. kalau bubur nasi + carot or sayor bayam ke.. kena letak garam ke tidak ye? utk baby 6 months?

nurdina awanis said...

seronok main masak2 untuk baby..=)
ingat time masak untuk rafique dulu..
skrg ape kita makan, semua dia ngap sekali dah..hehe

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics