Wednesday, June 26, 2013

Nurul Qaireen Amani : 7 Bulan sudah!

Alhamdulillah,

Amani sudah berusia 7 bulan

cepat benar masa itu berlalu

Meh tengok perkembangan Amani umur 7 bulan ni

Sangat aktif menjelajah
tau-tau dia ada celah-celah perabot dah..hihihih

amani bukan merangkak tapi gayanya macam posisi orang nak lumba lari tu..hihihi comel sangat!

mula-mula goyang-goyang bontot..
lelama dia rupanya nak cuba seimbangkan badan
tapi masih tak berapa kuat sebab bontot, kaki dan peha debab sangat!

ni gambor minggu lepas, Alhamdulillah,
akhirnya amani berjaya berdiri..sekarang dia nak meniti dah
cepat sungguh amani ni...

Fokus.
tengah sibuk-sibuk main..dengar bunyi ilan yang best-best
amani boleh duduk diam..
dah boleh layan tv ngan abang dan akak dia tu...

gusi dah semakin kuat,
bila bonda semawa buah
memang dia suka sangatlah...huhuhu
hisap-hisap buah tukan manis...


amani tak makan sangat even sebulan dah kenalkan dia ngan bubur bagai tu..
amani ni orang melayu, zah rasa macam tak sesuai nak berpuri buah sahaja or sayur2 sayur sahaja
tak nak ajar anak jadi orang kaya...hihihi
so letaklah sikit bubur nasi yang cair.


cuaca minggu lepaskan tak berapa elok
jerebu teruk
dari ayah, akmal, aqilah demam dan batuk
amani memula selsema je..tp ahad lepas
batuk dan badan dedar sikit
memang tak lepaslah menyusu dengan bonda
kalau bonda hilang tangisan dia...huhuhu setaman dengar.


Muka yang kenyang menyusu...puasnya bonda tengok
Amani masih 'reverse cycle'
botol susu tu memang sekadar menghilang dahaga bukan untuk mengenyangkan
zah pun dah mula bagi amani minum susu perahan yang beku,
alhamdulillah,
rezeki amani
7 bulan menyusu susu ibu takde masalah
bonda dah imun bila amani nangis..

Nurul Qaireen Amani,
masih anak ketiga yang manis
yang buat bonda jadi kuat
yang disayang dan sangat dimanjakan oleh ayah, abang dan kakaknya

Nurul Qaireen Amani,
masih anak ketiga yang suka didakap
suka menyusu dengan bonda
suka main dengan kakak dan abangnya

Nurul Qaireen Amani,
masih anak ketiga yang sihat
walau bonda sering juga diuji dengan kesihatan amani
tapi Allah masih mudahkan bonda
amani masih lena dimalam hari
kasihan benar dengar bunyi batuknya malam tadi
semoga amani terus sihat

Nurul Qaireen Amani,
banyak baju sudah tidak boleh dipakai
debab dan sedap digomol orangnya
\tinggi lampai juga rasanya
kalau bonda perlu dukung masa outing
memang terasa sangat 'beratnya'

Nurul Qaireen Amani,
"anak manja yang tidur peluk bonda sampai pagi"

2 comments:

Nur Aini said...

amani cpt2 sihat yea...kalau tgk amani teringin nak sofia bambam, sihat, gebu mamcam amani. doakan anak auntie sehat dan bambam macam amani tau.syg amani

wannorashikin said...

Geramnya tengok dia.mudah2an cepat sihat

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics