Friday, June 21, 2013

Medela Freestyle yang dah lama berkhidmat.

Alhamdulillah, minggu depan genap 7 bulan jadi ibu anak tiga.
sudah ada pengalaman jadi Exclusive Pumping, Tandem Nursing, dll.
kali ketiga menyusukan Amani,
zah masih mengekalkan momentum yang sama macam dulu.
cuma kadangkala ada juga terlari-lari jadual memerah tu..hihihi
dan juga bila penyakit 'm' tu datang..terus insaf balik mengenangkan amani perlu susu bonda
malah aqilah anak kedua zahpun masih mahu menyusu jadi zah perlu 'kuat'.
sekarang pula asyikla sibuk...allhuakbar, mahu tak mahu memang kena juga curi masa memerah.

Syukur Allah bagi zah peluang gunakan medela freestyle ni,
memang sangat membantu sebab zah mudah buat banyak benda dalam satu masa....sebenarnya mahu atau tak je memerah ni, kalau malas memang tak ke manalah...

Medela Freestyle yang dibeli pada 2009. dan masih boleh digunakan - banyak jasa pump ni, alhamdulillah.

kat pejabat, zah akan pump susu sambil sarapan pagi - ni sesi pertama.
pastu akan perah masa 10.30 pagi - selalu ni akan terskip if ada meeting.
pastu akan perah lagi antara jam 1-2 petang 
dan sekali masa sebelum balik jam 5.00 petang.

oh ye kalau zah terlepas sesi jam 10.30 tu,
zah akan perah jam 12, pastu akan perah lagi jam 2
sikit atau banyak zah tak pentingkan
tapi zah kekalkan waktu perahan.

memang banyak waktu zah buat dua tiga keje satu masa.

ebm - jun 2013
sesi peraha tengahhari / petang akan dapat banyak ni.

Sekarang kat pejabat pun tak tentu hasilnya, kekadang banyak..kekadang biasa-biasa sahaja...alhamdulillah, sikit atau banyak bukanlah ukuran sebab sampai sekarang, susu untuk amani memang berlebihan. Memang rezeki amani.

Amani baru sahaja habiskan stok bulan disember...huhuhu tupun sebab dalam deep frezer 350liter tu dah penuh sangat.


hasil perahan sebelah sahaja..yang sebelah amani dah minum... alhamdulillah, memang rezaki amani dan aqilah juga :)
Sekarang, zah kena perah hampir 20 minit..huhuhu nak perah guna pump tu tak sama macam masa anak menyusu...kat rumah memang banyak masanya zah tandem je...sebab rasa sayang susu keluar masa amani menyusu..jadi panggil kak ngah tolong minum..hihihi kak ngah memang suka sangat bila bonda panggil suruh minum..siap ada ayat kata..kalau amani tak nak aqilah minum nanti....hihihi

Banyak-banyak pelaburan yang Zah rasakan berbaloi adalah dengan membeli BP Medela Freestyle ni, tak rasa keluarkan RM1799 ( masa tahun 2009 tu).. bertahun dah beli, rasanya dah beribu botol susu dah dapat untuk akmal, aqilah dan amani. Alhamdulillah, rezeki amani. 

Tapi rezeki yang zah maksudkan bukan rezeki yang datang bergolek ye. Zah usaha untuk menyusukan anak-anak. Usaha yang bukan sedikit tapi biasa-biasa..hihihi kali ke tiga ni, zah lebih tenang...tidak kalut dan sederhana. Hujung minggu masih lebihkan menyusu secara terus, pump medela guna masa lapang...bila amani dan aqilah dah terlebih susu.


Amani seksi yang suka susu bonda.
sekarang, dia suka kejar pump medela..
agaknya dia tertarik masa dengar bunyi pump tu..hihihi


agak-agak medela fs ni sempat tak untuk 2-3 anak lagi?hihihiihi
harapnya sempatlah ye..

Sayang dari hati,
Izzah


2 comments:

GreenJade said...

hehe betul mengepam ni kena rajin x mudah give up.

nowdays susah juga nk mengepam sambil sebelah lg menyusu bcoz si Hakim suka tendang terajang ..tarik2..lasak sgguh hero sorang ni. tp ibu tetap x putus semangat.

~najwa~ said...

Zah..saya sdg melihat2 entry zah yg lama 17.7.12 tips menyusu/ebm waktu ramadhan (utk sharing dgn ibu lain). Tq. Hehe.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics