Friday, June 14, 2013

Home Sweet Home : Bila nak dapat kunci ni...


Minggu lepas sempat melawat tapak projek, lamanya Zah tak kesana sejak sebelum bersalin. Amani nak masuk tujuh bulan baru Zah ada kesempatan. Seronok tengok rumah dah siap, tak sabar sebenarnya. Kat kawasan ni ada beberapa kawan seperjuangan yang amalkan natural parenting gak :p, senag sikit nak gosip hujung minggu...hihihihi.

dalam kepala ni memacam dah rancang nak buat, tapi tulah kita hanya rancang...semoga Allah izinkan dan permudahkan perancangan tu...pengalaman pertama dengan rumah di Kulim tu dah buat zah dan suami perlukan satu perancangan yang sistematik. Ialah rumah ni bukan nak duduk sehari je kan...:)

Sekarang zah tengah survey harga barang, macam zah, zah suka fikir jangka panjang, contoh macam mesin basuh kena sesuai untuk yang ada anak ramai :p, maklumlah takkan tiap tahun nak beli mesin barukan..hihihi pastu fikir pasal peti ais lak..ada kawan kata kalau anak ramai, rajin masak pula..peti ais kenala yang sesuai..hahaha,...masuk rumah yang ni memang banyak barang elektrik kena beli sebab yang lama punya semua dah hantar ke TAMAN KULIM UTAMA FASA II - alhamdulillah, sabtu ni dah masuk penyewa baru..

Tapi bab masuk rumah ni banyak nak fikirkan? dari renovation, perkakasan eletrik,perabot, keperluan lain...huhuhu banyak juga pitih kena keluar...tapi husband zah kata, kita belanja takat mana kita mampu je :) - ada duit lain kita buat lagi...tul juga...orang kata belanja tengok poket,bukan tengok nafsu dan tak nak buat sesuatu yang akan jadi tukun je...sayang...

Apapun, sekarang tunggu kunci, tak sabar dah nak duduk rumah sendiri ni..

3 comments:

menn said...

Kalu beli peti ais besar lagi banyak benda sumbat.. sesekali wat clearance tengok banyak benda x berguna .huhuuu..ni pengalaman tengok abg saya anak lima peti ais 4 pintu

SYANI said...

Seronok bila dah ada rumah sendiri..

JaSSNaNi said...

seronoknya tak lama lagi lah tu dapat kuncinya... seronok ada rumah baru ni..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics