Tuesday, June 04, 2013

Happy Birthday Kekandaku!

Hari ini,
hari ulangtahun kelahiran suami saya.
Mengenali dia hampir 7 tahun merupakan sesuatu yang sangat saya syukuri.


Abang,
Ada waktu, kita macam musuh
tapi ada waktu kita macam belangkas
Abang dan sayang adalah sepasang kasut.
Abang takde,
sayang hilang sebelah kasut.
hihihi

Abang,
Semoga ulangtahun kelahiran ini,
umur yang bertambah ini
buat abang lebih bahagia dunia dan akhirat.

terima kasih
sebab sentiasa bersama sayang
dan anak-anak

semoga Allah kurniakan kita lebihan kasih sayang
lebihan rezeki
lebihan cinta
agar Mahligai kita terus bersinar.

Semoga abang sihat dan kuat!
hihihi

malam ni sayang belanja makan ehh!

Love U,
Sayang,
Akmal
Aqilah,
Amani.

Harta paling bernilai dunia akhirat saya.
Terima kasih Allah.

Selamat Ulangtahun kelahiran Kandaku!

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics