Tuesday, June 11, 2013

Dari Hati : Coretan Seorang Ibu : Muhammad Raziq Akmal

Sekarang nak buat sesuatu semuanya kena buat dengan teratur, kena fikir pro dan kotranya tindakan kita sebagai ibu dan bapa. Tapi suami zah orang yang simple, dia kata jangan kusutkan sangat fikiran. Buat setakat yang mampu dan sentiasa bersederhana.

Muhammad Raziq Akmal - 4 tahun 4 bulan

Anak Zah yang sulung ni pernah buat Zah rasa risau sangat, masa umur dia dua tahun, cakappun tak lurus sangat, sampailah tiga tahun...Zah pula banyak baca kisah-kisah ibu lain, utarakan pada suami masalah Akmal, tapi suami kata..jangan risau sayang..insyaAllah Akmal akan ok nanti.

Alhamdulillah, sudah enam bulan akmal bersekolah PASTI, sekolah biasa di kampung tapi menghasilkan anak yang luar biasa. Akmal dah mampu membaca Al-fatihah, baca doa Rabbi Srahli, alif ba ta, satu dua tiga, malah sudah boleh menghafal beberapa ejaan. Mudah dan terang hati anak sulung Zah ni.

Malah, sekarang Akmal kelihatan sedikit matang dari usia, boleh berbual dengan adiknya, boleh memberi nasihat mudah dengan adiknya Aqilah. Setiap kali mandikan akmal setiap pagi, Zah rasa Akmal makin besar, makin dewasa caranya. Alhamdulillah.

Benar kata suami, usah terlalu risaukan anak kita...tapi dalam masa yang sama usahakan juga agar anak kita bertambah kemahirannya setiap hari. Zah dan suami selalunya akan ada masa untuk berbual kosong dengan anak, apa yang mereka belajar, apa yang mereka buat semasa di rumah pengasuh...

Akmal ni biasanya ok je dengan kami. Cuma bila dia duduk dengan pengasuh yang sangat sayang kat Akmal buat Akmal kekadang naik lemak sikit..hahhaha tp no worries, syukurlah Akmal masih jadi ORANG sampai hari ni, sampai kalau jumpa orang kampung bila Zah bawa Akmal, ada yang puji kata Akmal sangat baik semasa dibawa ke Masjid oleh pengasuh. Alhamdulillah, pengasuh Akmal memang bawa Akmal ke masjid/surau bila waktu solat. 

Banyak nak share - tapi lately sibuk dengan kerja pejabat. Maklumlah lepas PRU13, banyak benda nak kena buat.

Salam kasih,

Izzah
Ibu anak tiga

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics