Wednesday, June 12, 2013

Aura Penyusuan Susu Ibu di Pejabat : Set Menyusu Medela Freestyle

Alhamdulillah, satu lagi set penyusuan susu ibu telah dimiliki oleh rakan sepejabat. Semoga usaha beliau akan dipermudahkan oleh Allah. Nawaitu dah ada yang penting usaha.

Hari ni rasa seronok sebab seorang lagi teman di pejabat bakal jadi ibu yang akan menyambung penyusuan susu ibu walaupun bekerja. Usaha beliau turut di sokong oleh suami yang memahami.

Bakal ibu ini datang berjumpa Zah dua bulan lepas, banyak yang mahu dia tahu...malahan semasa beliau utarakan mengenai pilihan beliau untuk melabur membeli set penyusuan seperti dalam gambar, beliau memang teruja mahu memilikinya. Beliau kata, tengok kawan-kawan lain boleh memerah di meja sendiri tanpa menggangu kerja hakiki menambahkan lagi kemahuan untuk memiliki set tersebut.

Seronok melihat semangat beliau, melabur tanpa rasa harga pump yang mahal, tak berkira langsung...hihihi sama macam zah dulu, tempah, bayar dan tunggu pump datang. Alhamdulillah lama dah digunakan, banyak jasa medela freestyle Zah ni...sangat berbaloi sebab dah guna lama, masa mak zah tengok zah bawa pump balik kampung, siap tanya lagi pump baru ke..ibu terkejut sebab pump tu dah dibeli since 2009.

Kalian,

Nak berjaya dalam menyusu tidak semestinya perlu ada pump mahal. Tapi jika anda ada bajet tidak salah melabur. Kerana, pump yang sebegini jika dijaga dengan elok, dititipkan dengan kasih sayang, insyaAllah lama juga hayatnya. Adalah sekali dua meragam, tp bila kita belek...sayang peluk cium dia balik...baiklah pump tu (ni perumpamaan).

Oh ye, bila pump dah ada, nak berjaya kena tambah sedikit usaha.. tambah sedikit kerajinan, pejam celik, pejam celik zah sendiri dah nak memasuki angka 7 bulan. Menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mustahil. Janji dibuat dengan betul.

Berminat nak dapatkan set ini?Boleh email zah di izzahazfar@gmail.com - warranty setahun dari http://www.lacta-equip.com. InsyaAllah setiap pembelian juga akan dapat sokongan penyusuan serta nasihat dan bimbingan selagi mana diperlukan.

Selamat menyusukan permata hati.

Salam Kasih,
Izzah.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics