Friday, May 31, 2013

Tips mudah berpisah dari botol susu.

Anak Zah yang sulung lama juga dengan botol susu.

Sampai dia nak empat tahun, tapi masuk je sekolah dah berhenti

Alhamdulillah.

Botol susu yang Akmal guna
sumber gambar dari :   http://d33la.blogspot.com/2012/07/botol-susu-avent.html


Anak Zah yang kedua - dia bukan sepenuhnya dengan botol susu

dan sebab nak pastikan dia makan lebih banyak dari menyusu

Zah ambil keputusan untuk dia juga perlu berpisah dengan botol susu.

Botol susu Aqilah dan Amani 


Tips yang Zah gunakan untuk dua-dua anak ni adalah seperti berikut :-

  1. Cakap hari-hari : Zah dan suami hari-hari kata kat anak-anak yang mereka perlu berhenti gunakan botol bila nak masuk sekolah. Hari-hari, setiap kali anak-anak nak susu, Zah akan bagi tapi cakap kat dia, dah besar dah ni...kena minum guna cawan. Kesannya, bila dah hari-hari cakap, anak-anak mula faham yang mereka perlu berhenti menyusu gunakan botol.
  2. Cuba waktu malam : Dengan Akmal mahupun Aqilah, Zah mula untuk tidak tawarkan botol pada waktu malam. Seminggu buat, dan lama-lama anak-anak ok je tak minum susu sebelum tido atau tengah malam. Ini bermakna, Zah ajar anak untuk tidur tanpa bantuan susu botol. Zah gantikan dengan bercerita atau berborak dalam gelap dengan anak-anak..kadangkala kami mengaji, baca surah sama-sama.
  3. Selepas berjaya waktu malam, Zah buat hujung minggu waktu siang. Iaitu, bila anak nak susu waktu siang, Zah tawarkan benda lain, Zah alihkan perhatian mereka dari perluka susu botol.
  4. Bila dah berjaya kat rumah, Zah minta kerjasama pengasuh untuk tidak tawarkan anak-anak susu.
  5. Semestinya, pastikan anak-anak KENYANG semasa mereka berjaga, bila perut kenyang, tidur lena dan insyaAllah mereka akan lupa keperluan susu botol.
  6. Yang penting, cakap dengan anak-anak : bawa jumpa doktor gigi misalnya, doktor gigi bagitahu Akmal yang dia perlu berhenti hisap botol sebab gigi rosak. Alhamdulillah, Akmal ok, Aqilah pun dah berhenti hampir tiga minggu.

Alhamdulillah, sebenarnya proses bercerai susu mahupun bercerai dari botol adalah satu proses yang mudah sekiranya anak diberi pilihan. Dimaklumkan kebaikan dan keburukan. Malah jika kita beri pujian, anak-anak pasti teruja.

Anak-anak Zah jenis yang sangat suka bila Zah dan ayah dia puji, perkataan pintar,hebat,terbaik, bijak adalah sesuatu yang digemari bila mereka berjaya buat sesuatu. Walaupun benda tu kecil, anak-anak rasa diri mereka dihargai.

*Puji anak sepanjang proses hendak pisahkan mereka dari 'kegemaran' yang dah 2-3 tahun bersama. InsyaAllah, perjalanan lebih mudah. 

Salam Kasih,

Ibu anak tiga.
Izzah

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics