Wednesday, May 15, 2013

Susahkah Menyusukan anak dengan Susu Ibu?

Amani terlena dalam Ring Sling selepas kenyang menyusu - JUSCO Perda

Zah jawap tak susah dan sukar bila ada ILMU.

dah selalu sangat menulis tentang susu ibu.
dah selalu sangat beritahu kenapa Zah memilih susu ibu.
orang lain Zah tak tau
tapi bagi zah dan suami
kepuasan ada bila anak menyusu.
seronok dengar bila suami kata
wah banyaknya susu mama. 

Seawal mengandung apa ilmu perlu tahu dan belajar untuk memudahkan penyusuan....

  • Penyusuan dijam awal kelahiran. Pastikan baby bersama ibu untuk ibu dan baby mengenali diri masing-masing. Sebenarnya, bila lahir baby dah tahu bagaimana hendak menghisap (latching) dengan betul. Tapi ada juga baby yang perlu kita ajar cara menyusu. Supaya kita selesa dan baby selesa. 
  • Posisi penyusuan yang selesa akan membantu ibu lebih mudah semasa dalam proses mengenali bayi. Zah pernah jumpa ibu menyusu sambil bersila sedang masa awal-awal jam pertama, kalau tak jaga betul-betul tempat baby keluar tu...ibu akan rasa tak selesa lagi lama. Menyusu secara berbaring juga akan memudahkan ibu yang berpantang, cuma kena berhati-hati jangan tido lena sangat kang terhempap baby. Minimakan bantal or selimut sekitar ibu jika tido atas katil bersama.
  • Kenali dan fahami mana satu MITOS PENYUSUAN dan mana satu MASALAH PENYUSUAN
  • Jangan tunggu baby menangis baru susukan baby. menangis tu tanda terakhir. Sebaiknya, elakkan terlalu bedungkan baby..sbb bila baby dibedung kita tak tau tanda dia lapar. Cth tanda bayi lapar dia akan gerakkan anggota badan spt kaki, kepala dan tangan...bila ibu tak respond dia akan nangis. kalau bb nangis gak...redakan tangisan baru offer.
  • Orang kata, susah nak tido semasa baby tido. Satu cara nak tido masa baby tido adalah menyusukan baby dengan susu ibu...hihihi tido berkualiti tak perlu lamapun, dapat lelap 10 minit leh bangun dengan segar bugar dah..tak caya? cubalah...
  • Walaupun kita dah ada kemudahan seperti breastpump - mohon untuk tidak berikan baby terlalu awal susu perahan menggunakan puting tiruan. Karang kalau baby mula keliru puting susah kita. Dah dua anak zah yang dapat menyusu direct tanpa bantuan puting tiruan, tidak menghadapi masalah sepanjang berpantang, tidak keliru puting berbanding abangnya yang hari pertama - hari ketiga sudah jumpa puting botol dahulu.
  • Percaya atau tidak, ibu yang kuat dan mahu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh akan dipermudahkan perjalanannya oleh Allah. Jadi kuatkanlah semangat. Jauhi mitos-mitos penyusuan yang akan mengganggu proses perjalanan sepanjang menyusukan anak ni. Jauhi aura negatif dan ambil aura positif. InsyaAllah. DIA akan sentiasa bersama hambaNYA yang berusaha.   
  • Dan sesungguhnya...menyusukan anak itu tidaklah sesukar mana...ibu ikutlah flow badan sendiri, keperluan anak sendiri dan jangan sesekali bezakan badan kita, susu kita, anak kita dengan orang lain. Ambillah aura positif sekeliling anda...percaya pada diri dan yakin dengan Allah. InsyaAllah..menyusukan anak tidaklah sesusah mana, hanya perlu sedikit pengorbanan yang anda tak akan rasainya jika tidak laluinya sendiri.
Salam Kasih,
Izzah

   

2 comments:

ily♥ said...

hehe...setuju...happy sgt bile hubby faham n selalu tnye berapa dpt pump hr ni...syukur Alhamdulillah Allah beri rezeki utk bf anak...hopefully anak kedua ni dpt fully bf sampai 2 thn..seronok bile tgk anak tidur kekenyangan lps bf...bahagia sgt rasa... ^___^

Hana Azleen said...

good info.sy budak masih belajar.so far mmg xsusah breastfeed ank

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics