Friday, May 03, 2013

Solid Food For My Baby :)

Sebulan lagi Amani akan berusia 6 bulan.

Walaupun lately ramai ibu-ibu diluar sana yang memilih untuk memanjangkan tempoh penyusuan susu ibu mereka atas sebab tersendiri tapi bagi zah, Zah memilih untuk memperkenalkan Amani dengan makanan pejal seawal dia berusia 6 bulan nati.

Kenapa?
Mengikut pengalaman dengan Aqilah, Zah tiada masalah untuk mengekalkan permintaan anak dengan susu ibu walaupun anak sudah mula makan.

Malahan, kebergantungan anak dengan susu ibu sahaja tiada. Zah enjoy menyusukan aqilah, tidak tertekan. Hasilnya, susu ibu kekal cukup walaupun Zah mengandung anak ketiga dulu.

Zah akui, tempoh masa 6 - 12 bulan adalah tempoh bermulanya anak diperkenalkan dengan makanan. Anak tak mahu makan, jangan dipaksa tapi tetap pelawa anak makan. Zah menggunakan kaedah 'baby led weaning'. Zah ajar anak-anak makan sendiri seawal mereka boleh duduk sendiri dan memegang makanan sendiri. Hasilnya, walaupun  rumah bersepah..tetapi selepas setahun, anak-anak mahir untuk makan.


Masa Aqilah setahun lebih :) - dah pandai guna sudu untuk makan sendiri

Keperluan bayi dengan susu ibu adalah seperti berikut :-

0 - 6 bulan : Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
6 - 12 bulan : Penyusuan Susu Ibu + Makanan Pejal
12- 24 bulan : Makanan Pejal + Penyusuan Susu Ibu 
24 bulan ke atas : Makanan keluarga.

Qaireen Amani yang dah tunjuk keinginan nak makan...:) 

Namun demikian, setiap bayi adalah berbeza penerimaan untuk makan ni, hari ni maybe dia makan sikit...esok maybe dia akan banyak...sebagai ibu, just ikut sahaja kehendak bayi...Yang penting kita kenalah sabar nak hadapi karenah anak-anak kita yang berbeza ni...hihihi

Berikut adalah buah-buah yang dicadangkan dan sesuai untuk diperkenalkan dengan bayi kita :-
  • banana
  • avocado
  • sweet potato
  • butternut squash
  • carrots
  • apple
  • pear

Ok kalau nak tau macamana baby tu dah bersedia makan atau tak boleh tengok kat link ni :


Antara video  kat youtube yang kongsikan macamana nak buat makanan bervariasi untuk anak kita.

~ Puree Pisang ~


~ Epal + Pisang ~
 

~ sup sayur sedapnya...~

dan banyak lagi. baca blog pening..so zah g youtube :)

oh ye...kalau berkenan dan teringin nak beli Combined Steamer and Blender Philips Avent boleh klik lin tu ye...:) - pm me for details....

salam kasih,
izzah

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics