Thursday, May 02, 2013

Penyusuan Susu Ibu : Kuasa Pelukan

 Berapa kali kita peluk suami dan anak-anak sehari?
Minggu lepas masa kursus, Zah diberitahu bahawa setiap pelukan akan panjangkan umur kita 4 saat.
kalau peluk banyak kali, lagi bertambah umur..hihihi
secara realitinya, umur panjang bukan sebab pelukan semata,
bila kita peluk pasangan
peluk anak-anak, satu hormon cinta akan dirembeskan dan memberikan ketenangan kepada empunya diri.

Untuk ibu yang menyusukan anak, ketenangan sangat penting.
Walaupun hidup kelang kabut untuk menyeimbangkan antara kerja, status sebagai isteri, sebagai ibu, jadual memerah di pejabat tetap diteruskan walau sibuk macamanapun.
Tapi kalau hati tak tenang, stress tinggi..
susu yang diperah masa segan sikit nak keluar.

Gambar hiasan : Suami / Isteri peluk pasangan depan anak-anak dan anak-anak akan terbiasa dengan persekitaran kasih sayang...mereka juga akan belajar untuk peluk adik beradik, lebih kasih sayang...ajari yang baik-baik agar anak-anak kita sihat dengan persekitaran kasih sayang dalam meniti kehidupan dewasa kelak.

Jadi apa yang perlu dibuat?
Zah selalu tanya pada ibu-ibu yang email,
sms mahupun telefon...
mengadu mengenai susu yang merudum.
adakah mereka stress?

Zah minta dia bertenang dan peluk pasangan.
macam zah, kalau stress seharian.
balik rumah..sebelum buat apa-apa kerja
zah akan peluk suami dulu.
atau suami minta peluk dia dulu
dan anak-anak akan berebut untuk minta dipeluk sama :)
zah akui, zah sangat penat sbb travel seharian dengan motor 
berulang alik ke tempat kerja yang amik masa sejam
berhujan berpanas
tapi bila suami dan anak-anak gembira dengan kasih sayang
balik rumah zah lupa penat sepanjang jalan balik tadi.


lagi-lagi bila balik rumah ada budak kecil debam ni...
dia memang sangat suka dipeluk.
sangat suka didakap
kekadang masakpun zah dukung dan dakap dia..
hihihi penat sikit bila ada anak kecik ni.
tapi no worries, zah jauhi stress
zah dapat susukan dia dengan tenang :)
alhamdulillah.

kesimpulan,
jom peluk pasangan dan anak-anak kita
bila peluk,
hormon cinta kasih sayang terhasil
pastu susupun tak segan nak kuar
sebab hati tenang.

percayalah,
cuba lakukannya seminggu
anda akan nampak hasilnya :)

tapi kalau seminggu tak nampak
teruskan lagi
istiqamahlah selalu
insyaAllah
DIA akan bantu kita.

salam kasih,
izzah 

1 comment:

ANAK MAMA SAYANG said...

betul zah...noora setuju...kuasa pelukan mmg hebat...

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics