Thursday, May 23, 2013

Part 8 : The Journey Of Breastfeeding Mother : 6 bulan Penyusuan Susu Ibu Esklusif

Alhamdulillah,
perjalanan penyusuan 6 bulan hampir mencapai target jangka pendek.
yup, bila kemahuan itu..keinginan dan impian dilaksanakan bersama usaha
bukan sekadar kata MAHU tanpa sedikit USAHA
Zah berjaya menyusukan Qaireen Amani dengan susu ibu sepenuhnya.
Pada 6 bulan pertama Qaireen Amani di dunia ini.
Alhamdulillah.

Senangkah perjalanan kali ketiga?
Bagi Zah....perjalanan kali ini tidak sukar, tapi ada sedikit kesulitan yang perlu dihadapi juga sebagai ibu :)
Benda pertama yang perlu dilalui adalah KUANTITI susu perahan.
Zah sangat akui, kuantiti susu perahan semasa dengan Aqilah Irdina dulu
sangat banyak, cukup 3 kali di pejabat, 
Zah dah boleh dapat bawa balik30-40 oz.
Hampir setahun juga.
tapi masa tu, ebm (susu perahan) Zah diperlukan oleh dua orang
anak sulung masih menyusu menggunakan botol
jadinya Zah perlukan lebih.

Kali ini, 
Zah masih juga menyusukan dua orang
bezanya secara terus,
Menyusukan kakak pada waktu malam dan hujung minggu bersama-sama dengan adik amani.
kakak menolak untuk minum susu perahan dalam botol...hihihi
dia tau itu susu mama dia....
but she okey je...bila menyusu secara terus
siap kata sedap lagi...hihihih
hasil 4 kali dipejabat - masih mengekalkan 30-40oz sehari dengan 4 kali sesi memerah

di Pejabat pula,
momentum untuk memrah 4-5 kali masih ada.
Alhamdulillah,
syukur kerana yang penting SEMANGAT mahu menyusukan Amani dengan susu ibu.
mahu Amani hanya minum susu sahaja sehingga enam bulan masih kental.
benarnya...menginjak bulan ke enam menyusukan amani..
Zah sudah jarang mengambil gambar susu perahan.
tiada yang LEBIH.
semuanya masih sama.

hujung minggu lepas.
corong medela freestyle tertinggal di pejabat.
teringat akan teman lama yang elok simpan dikotak
sudah menghampiri usia 4 tahun dia
Spectra 3 - masih berfungsi dengan baik.
Alhamdulillah.

dan inilah hasilnya.
sebelah sahaja dan masih boleh dapatkan banyak ini
walaupun kini Amani menyusu sangat KERAP diwaktu malam
tidur sudah tidak lena hampir 2 minggu akibat Amani menolak minum melalui botol di siang hari.


ada orang kata susah mahu menyusukan anak.
ada orang kata kan senang susu formula je
ada orang kata - alah beria-ia dengan susu ibu tp anak disogokkan dengan makanan lain.
ada orang kata ala obses sangat..

apapun orang kata, saya tahu...
amani sangat sukakan susu bonda.
bukan sedikit yang bonda lakukan untuk pastikan amani berjaya menyusu
bukan sedikit aura positif yang bonda letakkan masa amani kurang menyusu semasa lahir

InsyaAllah lagi 3 hari..genaplah penyusuan amani menyusu 6 bulan secara esklusif susu ibu.
Terima Kasih Allah.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics